2020年10月13日火曜日

VIRAL " Kematian Akibat COVID-19 Di Sabah Kian Parah "



Pentadbiran Kerajaan Sabah Kian Parah : COVID-19


Kuala Lumpur:

Keputusan ujian saringan COVID-19 yang positif ke atas Ketua Menteri Sabah terkini, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor telah mencetuskan kebimbingan yang terlampau akibat penularan wabak berkenaan di Negeri Di Bawah Bayu itu serta kebimbangan yang menyeluruh dalam kalangan jentera pentadbiran kerajaan negeri itu.


Pakar Epidemiologi iaitu Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud turut berpendapat keadaan Ketua Menteri itu sebetulnya sedikit sebanyak menimbulkan risiko tingi ke atas jentera kerajaan negeri terutamanya mereka yang mempunyai kontak rapat dan selalu mendampingi beliau.


" Ini turut membimbangkan jika ahli Kabinet Sabah mempunyai kontak rapat maka mereka juga perlu untuk dikuarantinkan bagi memastikan mereka tidak dijangkiti supaya mampu untuk mentadbir serta berfungsi.


"Kalau jentera kerajaan negeri dijangkiti dengan begitu meluas ia akan melumpuhkan pentadbiran negeri dan ia seterusnya menyukarkan proses pengawalan untuk melaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) di kawasan yang terlibat sepenuhnya di Negeri ini," katanya ketike ditemu bual oleh media.


Pada 09 Oktober 2020 (Jumaat), Hajiji yang telah disahkan positif COVID-19 telah menjalani kuarantin berwajib di Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu, Sabah.


Beliau juga telah dilaporkan menjalani kuarantin kendiri iaitu selama dua (2) minggu secara sukarela selepas salah seorang kakitangannya turut disahkan positif ke atas wabak COVID-19.


Setakat ini, Sabah telah mencatatkan pertambahan kes keseluruhan negara serta kadar peningkatan harian tertinggi terhadap penularan Kes COVID-19 dengan rekod harian kes yang mencecah tiga (3) angka serta kematian akibat COVID-19 turut meningkat setiap hari.



@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/10/viral-kematian-akibat-covid-19-di-sabah.html

    返信削除
  2. I want to thank Dr Emu a very powerful spell caster who help me to bring my husband back to me, few month ago i have a serious problem with my husband, to the extend that he left the house, and he started dating another woman and he stayed with the woman, i tried all i can to bring him back, but all my effort was useless until the day my friend came to my house and i told her every thing that had happened between me and my husband, then she told me of a powerful spell caster who help her when she was in the same problem I then contact Dr Emu and told him every thing and he told me not to worry my self again that my husband will come back to me after he has cast a spell on him, i thought it was a joke, after he had finish casting the spell, he told me that he had just finish casting the spell, to my greatest surprise within 48 hours, my husband really came back begging me to forgive him, if you need his help you can contact him with via email: Emutemple@gmail.com or add him up on his whatsapp +2347012841542 is willing to help any body that need his help.

    返信削除

Featured post

#VIRAL - Yabakei Dam To Nakatsu Shrine You Must Know Before Enter

   https://youtu.be/fll-tzKu5Nw?si=3hkW725pFuxDAOFp >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH <<<