2020年10月28日水曜日

VIRAL " Laluan Tikus Ditutup - Kampung Haji Baki Kuching Sarawak "



KUCHING : Laluan Tikus Seumpamanya menuju ke Kampung Haji Baki Kuching di sini diarahkan kawalan diperketatkan dan juga turut ditutup sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai malam ini 28 Oktober 2020 (Rabu).


Ia berkuatkuasa tengah malam ini sehingga 11 November 2020 nanti.


Ketua Polis Daerah Padawan Superitendan Aidil Bolhassan memaklumkan, laluan itu bermula di hadapan lampu isyarat Jalan Haji Baki - Batu Kitang (Pusat Penjaja Kampung Haji Baki), Lorong 16 Blok C, Lorong 1 (Tanah Perkuburan Baha'i) dan juga Jalan Kampung Semeba Kuching.


Dua lorong tikus turut ditutup kepada pengguna jalan raya adalah laluan motosikal dan juga lorong pejalan kaki di Lorong 7A Blok A serta Lorong 6C Blok A.


" Khemah bagi kawalan diperketatkan sudah didirikan di setiap laluan terbabit bagi memastikan tiada penduduk ataupun pengguna yang mahu keluar dan masuk ke Kampung Haji Baki ini," katanya pada media hari ini.


Menurut Aidil lagi, seramai 70 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk 24 orang anggota Rela serta 24 anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah ditugaskan untuk berkawal di setiap khemah - khemah yang telah ditetap dan disediakan.


Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) turut memaklumkan dan telah memutuskan pelaksanaan PKPD di Kampung Haji Baki Kuching berikutan peningkatan kes positif wabak pandemik COVID -19 dan ianya telah merekodkan 25 kes positif daripada 49 orang.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/10/viral-laluan-tikus-ditutup-kampung-haji.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<