2020年10月27日火曜日

VIRAL " SETIAP HARI KES BAHARU NEGARA MENINGKAT - COVID 19 "



1,240 KES BAHARU DILAPORKAN, MALAH UMPAMA SETIAP HARI MENINGKAT


PUTRAJAYA : Tidak sampai 72 jam, Malaysia sekali lagi telah mencatatkan empat (4) digit semula kes baharu COVID-19 dengan 1,240 kes hari ini, dan kedapatan menunjukkan jumlah kes harian tertinggi dilaporkan setakat ini.


Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkembangan itu telah menjadikan jumlah kes terkumpul positif COVID - 19 di Malaysia berjumlah 27,805 kes dengan kes yang aktif berjumlah sebanyak 9,744 kes.


Beliau turut memaklumkan bahawa daripada kes baharu itu juga, Negeri Sabah menjadi kekal dan merekodkan jumlah kes yang tertinggi dengan jumlah 927 kes bersamaan 74.8 peratus dari jumlah kes keseluruhan dalam negara.


" Jumlah kes di Negeri Sabah melonjak semula berikutan kes positif di Penjara Kepayan iaitu sebanyak 439 kes, ini berikutan lebih banyak pengesanan kes secara aktif dijalankan di Negeri Sabah.


" Selain itu, mobilisasi petugas kesihatan telah banyak membantu usaha saringan di lapangan dan juga rawatan perubatan, " katanya pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ini.


Selain itu juga, Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebanyak 194 kes baharu telah dicatatkan di Lembah Klang dengan 120 kes daripada kluster - kluster sedia ada dan juga baharu.


Sebanyak 508 kes lagi ataupun 41 peratus adalah daripada Kluster Penjara Kepayan, Kluster Penjara Seberang perai, Kluster Benteng LD, Kluster Tembok dan Kluster Penjara Tapah.


Beliau turut memaklumkan kesemua kes tersebut terasing kerana berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (KPPD).


Sementara itu juga, daripada keseluruhan kes terbaharu tersebut terdapat dua (2) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang turut melibatkan bukan warga negara yang tiba ke negara ini dari Rusia dan juga negara Ukraine.


Selebihnya lagi, kata beliau adalah berpunca dari kes penularan wabak pandemik COVID -19 dalam negara dengan Negeri Sabah sebanyak 927 kes, Selangor (176), Pulau Pinang (61), Negeri Sembilan (25), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (17), Perak (8), Sarawak (7), Wilayah Persekutuan Labuan (5), Johor (4), Kedah dan juga Negeri Terengganu masing - masing menyumbang tiga (3) kes baharu manakala dua (2) kes lagi dari Negeri Melaka.


Menurut KP Kesihatan, terdapat sebanyak 691 kes pulih COVID-19 dan dengan perkembangan itu telah menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 17,825 ataupun 64.1 peratus.


" Sehingga kini, terdapat 94 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan jumlah kes sebanyak 31 kes yang turut memerlukan bantuan alatan pernafasan.


" Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisisi Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan juga bahawa terdapat pertambahan tujuh kes kematian berpunca dari wabak pandemik COVID-19 dalam negara," katanya.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/10/viral-setiap-hari-kes-baharu-negara.html

    返信削除

Featured post

KAGOSHIMA CITY AQUARIUM

   https://youtu.be/SMoaLhP-O2M?si=X8-2xlz4_dtSwgvI >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<