VIRAL " Keluarga Mangsa Sudah Jemu Mengenai Perkembangan Kes - MH 17 "



Rupanya Tiada Tanda Peluru Berpandu Tembak Jatuh MH 17


THE HAGUE : Seorang suspke iaitu warga Russia berkaitan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH 17 mendakwa tidak pernah melihat sebarang tanda peluru berpandu yang digunakan bagi tujuan menembak jatuh kapal terbang milik Negara Malaysia tersebut.


Oleg Pulatov memberikan keterangan tersebut menerusi sebuah video yang telahpun disiarkan pada perbicaraan kes MH 17 tersebut.


Pulatov adalah merupakan antara empat (4) suspek utama yang dibicarakan tanpa hadir oleh sebuah mahkamah di Belanda berhubung kes tragedinya Pesawat MH 17 yang telah ditembak jatuh di Timur Negara Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014 yang lalu.


Menurut pegawai siasatan, sebuah peluru berpandu BUK era Soviet adalah punca pesawat jatuh hancur dan telah digunakan bagi menembak pesawat itu. Pesawat dilaporkan terhempas dan mengakibatkan seluruh penumbang berjumlah 298 orang dan juga termasuk 196 warga Negara Belanda maut.


" Pulatov dengan yakin bahawa beliau tidak pernah nampak sebarang peluru berpandu BUK, malah beliau turut menafikan bahawa BUK tidak terlibat dalam insiden tersebut," katanya.


Beliau turut memaklumkan bahawa beliau hanya tahu mengenai tragedi itu daripada pasukan tenteranya yang memaklumkan bahawa sebuah pesawat terhempas berhampiran Donetsk.


Jelas Pulatov lagi, anggota pasukannya turut memaklumkan bahawa mereka memintas banyak panggilan ketika hari kejadian termasuklah aduan penduduk awam yang menyatakan dan menjadi saksi apabila mereka melihat ' mayat jatuh dari langit ' disebabkan sebuah kapal terbang telah ditembak di lokasi nahas tersebut.


Empat (4) suspek berkenaan iaitu Pulatov, Igor Girkin dan Sergei Dubinsky yang merupakan warga Negara Russia serta seorang Warganegara Ukraine, Leonid Kharchenko, telah dituduh sebagai dalang utama kes tembak jatuh pesawat milik Malaysia MH 17.


Sementara itu juga, pasukan penyiasat sedang megesan pihak yang bertanggungjawab mengendalikan peluru berpandu berkenaan (BUK).



@ Jackie San

Comments

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-keluarga-mangsa-sudah-jemu.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts