2020年11月16日月曜日

VIRAL " Sarawak Lanjutkan Diskaun Bil Air Sehingga Disember "



KUCHING SARAWAK : 

Kerajaan Negeri Sarawak hari ini memaklumkan untuk melanjutkan diskaun bagi bayaran bil air bagi tempoh tiga (3) bulan lagi mulai bulan Oktober 2020 sehingga penghujung tahun 2020 iaitu Disember melalui Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS). 

Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom selaku Menteri Utiliti memaklumkan dalam satu kenyataan dan perkara itu dibuat dengan mengambil kira impak pandemik Wabak COVID -19 yang melanda negara serta Negeri Sarawak ketika ini. 

Selain itu, Menteri Utiliti tersebut turut memaklumkan bahawa di bawah inisiatif tersebut juga, setiap isi rumah yang mempunyai akaun domestik akan menikmati diskaun sebanyak 25 peratus (%) manakala bagi pengguna komersil domestik dan juga pengguna komersial akan menikmati diskaun sebanyak 15 % (peratus). 

Bagi pengguna industri pula akan menikmati diskaun sebanyak 10 % (peratus). Dengan pelaksanaan diskaun kepada setiap pengguna tersebut ianya akan memberikan faedah serta bermanfaat lebih kurang kepada kira - kira 600,000 pengguna air keseluruhan di seluruh negeri Sarawak. 

Kerajaan Sarawak juga memberikan subsidi kepada seluruh rakyatnya (Bumi Kenyalang) dengan purata sejumlah RM 24 Juta bagi tempoh mulai 01 April 2020 sehingga 30 September 2020 yang lalu. 

Manakala keperluan lebih kurang RM 10 Juta akan diguna pakai keperluan dana peruntukan dalam tempoh lanjuan mulai bulan Oktober 2020 sehingga Disember 2020 tahun ini. 

Selain itu, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan semua agensi bekalan air seperti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Sibu (SWB), Lembaga Air Kuching (KWB) serta pihak LAKU Management Sdn Bhd. 

Kerajaan Negeri Sarawak amat berharap dengan jalinan kerjasama secara berterusan memastikan seluruh rakyat Bumi Kenyalang mempunyai akses kepada liputan 100 % (peratus) utiliti yang boleh diguna pakai dan juga dipercayai, berkualiti, cekap serta harga yang berpatutan kepada pengguna menjelang tahun 2025 nanti.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-kerajaan-negeri-sarawak-lanjutkan.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<