2020年11月22日日曜日

VIRAL " Kes Positif COVID -19 di Kota Kinabalu Dijangka Melonjak, Warga KKM Dinasihatkan Lebih Fokus "



Kes Positif COVID -19 Di Daerah Kota Kinabalu Akan Terus Meningkat Dalam Masa Terdekat


Kot Kinabalu : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) yakin bahawa kes positif COVID -19 di Daerah Kota Kinabalu akan terus meningkat mendadak dalam tempoh masa terdekat ini.


Ianya berikutan perlaksanaan ujian saringan terhadap penduduk di penempatan Telipok dan juga Kampung Numbak, Kota Kinabalu, Sabah.


Sejumlah sekitar 21,000 orang terlibat dalam ujian saringan COVID -19 seperti yang dimaklumkan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjum.


" Sehingga 21 November 2020 yang lepas, kes positif baharu COVID -19 di negeri Sabah adalah berjumlah 346 kes dan secara kumulatifnya adalah sebanyak 25,787 kes.


" Daerah Kudat, Keningau dan juga Lahad Datu menyumbangkan tiga (3) kematian, " katanya dalam satu kenyataan di sini.


Seramai 369 orang pesakit COVID -19 yang telah sembuh. Manakala 2,373 orang pesakit sedang menerima rawatan yang terdiri daripada 1,728 orang di tempatkan di Pusat Kuarantin dan juga Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).


Selain itu, seramai 72 orang pesakit COVID -19 di tempatkan di Unit Rawatan Rapi dan 16 orang pesakit pula kini masih memerlukan alat bantuan pernafasan.


" Sehingga hari ini, tiadak kluster baharu yang dilaporkan. Sebanyak 202,121 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan sasar yang amat memerlukan.


" Kerjasama di antara agensi kerajaan terutamanya Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah telah melaksanakan sanitasi terhadap tujuh (7) buah premis di empat (4) buah daerah iaitu di Daerah Tawau, Daerah Kinabatangan, Daerah Kota Belut dan juga Daerah Semporna."



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-kes-positif-covid-19-di-kota.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...