2020年11月8日日曜日

VIRAL " Kluster Greenhill, Baki, Saberkas & Kluster Seladah Punca PKPB Dilaksana Di Daerah Kuching 09 Nov 2020 - COVID 19 "



DAERAH KUCHING : Sarawak mencatatkan 25 kes positif akibat wabak COVID - 19 hari ini 07 Nov 2020 (Sabtu) dan menjadikan kes keseluruhan yang direkodkan setakat ini berjumlah 985 kes.


Perkembangan ini yang dimaklumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam sidang media pada hari ini.

Kesemua kes yang direkodkan di Daerah Kuching adalah melibatkan empat (4) Kluster aktif dan Kes yang berpunca dari Kluster Greenhill mencatatkan jumlah kes tertinggi iaitu sebanyak sembilan (9) kes.

" Kesemua mereka ini adalah warganegara tempatan yang berumur antara 20 hingga 68 tahun yang mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes-kes COVID - 19 yang dikesan melibatkan Kluster Greenhill. " Manakala Kluster Wisma Saberkas menyumbang tujuh (7) kes, Kluster Seladah menyumbang dua (2) kes dan Kluster Baki menyumbang satu (1) kes baharu.

Di samping itu juga, empat (4) lagi kes baharu adalah melibatkan kes saringan kendiri sementara satu (1) lagi kes saringan sebelum pulang ke negara asal.

Dengan perkembangan ini, JPBN Negeri Sarawak telah mengumumkan Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Daerah Kuching selama 14 hari berkuatkuasa mulai 09 November 2020 (Isnin) sehingga 22 November 2020 kelak.

" Keputusan ini dibuat selepas JPBN Negeri Sarawak menilai situasi dengan mengambil kira jumlah kes jangkitan tempatan yang direkodkan di Daerah Kuching meningkat dan sebanyak 151 kes telah dikesan dalam tempoh 14 hari yang lepas, " jelas Uggah.

Dengan pelaksanaan PKPB ini kelak sebarang pergerakan bagi tujuan merentas negeri dari Semenanjung Malaysia, Negeri Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan haruslah mendapat kelulusan dan kebenaran daripada PDRM.





 @Jackie San


1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-kluster-greenhill-baki-saberkas.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<