2020年11月20日金曜日

VIRAL " Pemimpin Islam Perancis Di Beri Amaran Keras "



MACRON BERI AMARAN KEPADA PEMIMPIN ISLAM PERANCIS BERKAITAN BUKAN GERAKAN POLITIK


PETALING JAYA: Presiden Negara Perancis Emmanuel Macron memberi amaran kepada Pemimpin Islam di negara itu selama 15 hari untuk mengakui bahawa aktiviti mereka bukan gerakan politik.


Seperti dalam laporan France24, Portal TheNewArab memaklumkan bahawa Macron telah mengadakan perbincangan dengan beberapa wakil orang Islam pada Rabu 18 November 2020 dan menyarankan mereka untuk menyediakan piagam yang mesti patuh kepada Masjlis Islam Negara Perancis.


Macron turut memaklumkan bahawa piagam berkenaan mestilah mengandungi pengesahan berhubung " nilai-nilai Perancis ", penegasan bahawa Agama Islam di negara itu adalah sebuah agama dan bukannya seperti yang diwar-warkan sebagai gerakan politik dan seterusnya harus menamatkan campur tangan atau hubungan dengan negara asing.


Pertemuan itu turut melibatkan perbincangan mengenai pembentukan sebuah Majlis Imam Kebangsaan yang berfungsi bertanggungjawab ke atas pemberian kelulusan kepada pendakwah.


Pengerusi kepada Majlis Islam Perancis (CFCM) Mohamed Mousavi dan juga Imam Masjid Paris, Shams El Din Hafez turut hadir dalam pertemuan berkenaan, di samping 9 wakil persekutuan yang membentuk majlis berkenaan.


CFCM adalah merupakan badan kebangsaan yang dilantik dan berperanan sebagai orang tengah rasmi dengan kerajaan Perancis dalam urusan penyeliaan aktiviti yang melibatkan keagamaan Islam.


Macron turut memaklumkan hadirin bahawa mereka perlu " keluar daripada kekeliruan " yang berlaku kerana pemahaman mereka agak keliru mengenai isu tersebut.


Beliau turut memberi amaran bahawa, " jika ada pihak yang tidak menandatangani piagam berkenaan, maka kita akan membuat kesimpulan."


Majlis Imam yang baru bukan sahaja berfungsi bagi pengeluaran permit, tetapi turut mempunyai kuasa bagi membatalkan permit berkenaan sekiranya mereka melanggar " Piagam Nilai Republik " yang perlu disediakan.


Bergantung kepada peranan imam, mereka perlu fasih berbahasa Perancis ke tahap tertentu dan juga harus mempunyai ijazah dari universiti.


Dengan penubuhan majlis imam kebangsaan itu nanti, Macron berharap fungsi kehadiran 300 imam asing dari Negara Turki, maghribi dan juga Algeria dalam tempoh 4 tahun dapat ditamatkan.


Kes pembunuhan kejam seorang guru iaitu Samuel Paty pada bulan Oktober 2020 akibat beliau menunjukkan kakiratur Nabi Muhammad kepada pelajarnya telah menyemarakkan semula perbahasan mengenai agama Islam di Negara Perancis.


Macron turut mempertahankan sekularisme tegar ala Perancis dan penerbitan semula karikatur Nabi Muhammad, sekali gus mengundang respons keras daripada orang Islam di seluruh dunia.


Macron dilihat dan didakwa menganiaya penganut Islam di Negara Perancis dengan pihak berkuasa menyasarkan NGO Islam di negara itu di bawah undang - undang " pemisah " baru.


Sesetengah pihak menyifatkan langkah itu amat bertentangan dengan hak masyarakat awam.


Sebelum insiden yang menimpa guru itu lagi, Macron telah berjanji untuk melancarkan kempen terhadap " Islamisme " yang telah menimbulkan kontroversi dan juga protes daripada masyarakat Islam seluruh dunia.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-pemimpin-islam-perancis-di-beri.html

    返信削除

Featured post

GUIDE THINGS TO DO IN OITA, JAPAN

   https://youtu.be/zfoI4a-bgZo?si=djJGxs8wb-1nV0Cn >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<