Friday, 13 November 2020

VIRAL " Penjawat Awam Persekutuan Di Sarawak Terima Bonus Kerajaan Negeri 2020 "



KUCHING : Penjawat Awam Sarawak akan menerima insentif bonus sebulan setengah gaji atau minima RM 2,000.00.


Tidak terkecuali Penjawat Awam Persekutuan yang berkhidmat di Sarawak turut menerima insentif sebanyak RM 500.00 tambahan daripada pemberian insentif Kerajaan Pusat kelak.


Ketua Menteri Sarawak berbesar hati untuk menyampaikan insentif tersebut kepada Penjawat Awam Persekutuan agar mereka turut diberikan insentif tambahan tersebut. 


Ketua Menteri Sarawak turut mengumumkan bahawa bayaran insentif bonus bagi Penjawat Awam Negeri Sarawak akan dibayar sebelum penghujung tahun ini.


" Manakala insentif bonus bagi Penjawat Awam Persekutuan pula iaitu sebanyak RM 500 akan dibayar menjelang suku pertama tahun 2021 kelak," katanya.


Beliau memaklumkan berita baik tersebut ketika ucapan penggulungan Belanjawan Sarawak 2021 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada 13 November 2020 (Jumaat).


Tambah KM Sarawak lagi, Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) amat menghargai sumbangan, pengorbanan serta komitmen kakitangan awam negeri dan tidak ketinggalan Persekutuan dalam melaksanakan tanggungjawab serta amanah tugas harian secara profesional ketika tempoh yang begitu mencabar ini.


" Semasa Pandemik Wabak COVID-19 ini, penjawat awam Persekutuan dan negeri termasuk doktor, jururawat, pekerja kesihatan, badan beruniform, Jabatan Imigresen, serta petugas barisan hadapan yang telah berkhidmat dan menjalankan tugas mereka tanpa kenal penat lelah untuk melindungi rakyat negeri Sarawak amnya,".



@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-penjawat-awam-persekutuan-di.html

    ReplyDelete

Featured post

Team JP Limbang Bergerak Turun Selepas Selesai Program Bersama Komuniti ...

  https://youtu.be/psGg8SsKqUU