2020年11月19日木曜日

VIRAL " Terkini - Sah Pegawai Tertinggi Polis Bukit Aman Terlibat Rasuah "

 


Rombakan Besar - Besaran PDRM

Ketua Polis Melaka, Datuk Mat Kasim Karim telah ditukarkan menjadi Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Jabatan Pengurusan Bukit Aman. Beliau dilantik bagi menggantikan Datuk Abdul Majid Mohd Ali yang mengambil alih jawatan sebangai Ketua Polis Melaka.

 

Selain itu,  Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak pula, Datuk Dev Kumar M M Sree telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Risikan / Operasi di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menggantikan Datuk Mohd Roze Shaari yang dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah.

 

Manakala, Datin Seri Asmawati Ahmad pula telah dilantik sebagai Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara.

 

Selain itu, pertukaran jawatan juga membabitkan DCP Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Sanusi Sidek yang telah ditukarkan ke Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia), bertempat di Jabatan Pengurusan Bukit Aman sendiri. 


" Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam ( Pasukan Gerakan Khas ) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Fisol Salleh telah dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak bagi menggantikan Datuk Dev Kumar.


" Selain itu, Timbalan Pengarah KDNKA ( Pasukan Gerakan Am ) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Mastof Ariff, turut bertukar lokasi berkhidmat ke Timbalan Pengarah KDNKA ( Pasukan Gerakan Khas ), Bukit Aman, " katanya dalam satu kenyataan.

 

Bahkan, pertukaran turut juga membabitkan Timbalan Pengarah Pengurusan ( Perkhidmatan / Perjawatan ) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Kasuahdi Ali yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam ( Pasukan Gerakan Am ) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awa, Bukit Aman dan Timbalan Pengarah Pengurusan ( Bahagian Dasar Sumber Manusia ) Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azmi Abu Kassim, yang juga telah dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan ( Perkhidmatan / Perjawatan ) Jabatan Pengurusan Bukit Aman. 


Kesimpulannya, pertukaran ini turut membabitkan lapan (8) jawatan berjawatan Senior Assisten Komisioner (SAC) serta 17 orang berjawatan ACP.


@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-terkini-sah-pegawai-tertinggi.html

    返信削除

Featured post

DESPITE KING'S CALL FOR CLOSURE, UMNO YOUTH CHIEF SAYS NO LET UP ON KK MART BOYCOTT

DESPITE KING'S CALL FOR CLOSURE, UMNO YOUTH CHIEF SAYS NO LET UP ON KK MART BOYCOTT  @Jackie San KUALA LUMPUR (April 3,2024) : Umno Yout...