Wednesday, 20 January 2021

" TERKINI - Kluster Rakut @ Sg Rakut di Miri, Sarawak "



KUCHING : 

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak kelmarin (19 Januari 2021, Selasa) telah mengisytiharkan satu kluster baharu pandemik COVID -19 iaitu Kluster Rakut yang datangnya dari Bahagian Miri, Sarawak.


Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan bahawa indeks kes kepada Kluster Rakut adalah kes ke 1,740 yang telah dikesan melalui saringan terhadap kontak kepada kes positif COVID -19 pada 12 Januari 2021 (Selasa) yang lepas.


" Hasil daripada pengesanan secara aktif kontak - kontak rapat kepada kes tersebut, sembilan (9) lagi kes positif telah dikesan termasuk enam (6) kes baharu yang dilaporkan pada hari kelmarin iaitu hari Selasa (19 Januari 2021).


" Sehingga kelmarin, 19 Januari 2021 (Selasa), tepat jam 12 tengah hari, serami 33 orang individu telah melakukan saringan, dan didapati 10 kes telah dikesan positif termasuk kes indeks. Manakala tujuh (7) didapati negatif dan 16 masih menunggu keputusan ujian swab COVID -19," katanya pada sidang media harian COVID -19.


Uggah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) turut memaklumkan, dengan penisytiharan itu ia menjadikan pada 19 Januari 2021, Selasa terdapat lapan (8) kluster yang masih aktif di Negeri Sarawak.


Uggah turut memaklumkan bahawa, selain Kluster Rakut di Miri, antara kluster yang masih aktif di dalam Sarawak seperti Kluster Bukit Sekubong (Sebauh), Kluster Jelita (Miri), Kluster Pasai (Sibu), Kluster Keranji Tabuan (Kuching), Kluster Bah Sayap (Miri), Kluster Stutong (Kuching) dan Kluster Mador (Meradong).


" Pada 19 Januari 2021, Selasa turut memperlihatkan bahawa Daerah Kanowit telah bertukar status dari Status Kuning kepada Status Jingga setelah sejumlah 29 kes berjaya dikesan yang melibatkan kes jangkitan tempatan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.


" Manakala Daerah Subis di Bahagian Miri dan juga Daerah Belaga di Bahagian Kapit pula telah bertukar status Hijau kepada Status Kuning setelah sejumlah tiga (3) kes baharu dikesan yang melibatkan kes jangkitan tempatan dikesan di daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas, " katanya.


Beliau turut memaklumkan iaitu Daerah Kuching, Sibu, Miri dan juga Beluru kekal berstatus Merah dengan sejumlah kes 905 jangkitan tempatan yang dilaporkan di empat (4) daerah ini dalam tempoh 14 hari yang lepas.


Selain itu, Daerah Sebauh juga kekal berstatus Jingga dengan jumlah kes sebanyak 27 kes jangkitan tempatan.


Pengerusi JPBNS turut memaklumkan bahawa Daerah Betong, Meradong, Julau, Kapit, Simunjan, Asajaya, Dalat, Selangau, Sebauh, Samarahan, Sri Aman, Bukit Mabong, Bintulu, Limbang dan juga Kanowit kekal berstatus Kuning dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 79 kes jangkitan tempatan yang dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.


Manakala, 17 daerah yang lain masih kekal berstatus Hijau."



@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/01/terkini-kluster-rakut-kluster-pengilan.html

    ReplyDelete

Featured post

Program Pemimpin Bersama Rakyat Di Rh Aling Thaddeus Pulau Brunei, Daer...

  https://youtu.be/cRX8JpTL0X0