Saturday, 16 January 2021

VIRAL " Gadis Bangga Hilang Daya Akhirnya Lempar Bayi Dari Tingkat 13 Hotel Kuching, Sarawak "



KUCHING, SARAWAK :

Polis telah menahan seorang gadis yang berusia 19 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes pembuangan bayi dari sebuah hotel di Jalan Bukit Mata Kuching, Sarawak pada Rabu lepas.


Turut dipercayai bayi malang yang mati tersebut dilempar dari Tingkat 13 Hotel oleh gadis berkenaan. 


Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisoner Awang Din Awang Gani memaklumkan bahawa gadis yang dipercayai ibu bayi malang berkenaan ditahan di bilik sebuah hotel pada malam kejadian hasil daripada makluman orang awam.


Menurutnya lagi, polis telah menerima maklumat awal dari orang awam sekitar jam 2120 malam mengenai penemuan mayat bayi di belakang sebuah bank di lokasi Jalan Bukit Mata, Kuching, Sarawak.


" Bertindak atas maklumat orang awam tersebut sepasukan polis telah melakukan siasatan di tempat kejadian dan menemui mayat bayi terbaring dengan kecederaan teruk di kepala.


" Hasil siasatan lanjut di tempat kejadian, pihaknya berjaya menahan seorang gadis warga tempatan yang juga dipercayai orang yang bertanggungjawab melahirkan dan melempar bayi tersebut hingga mati di sebuah bilik hotel, " katanya dalam kenyataan.


Kata Awang Din, mayat bayi malang tersebut dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi tindakan lanjut manakala suspek juga dihantar ke hospital sama untuk menerima rawatan.


Polis turut mengesani bapa kepada bayi malang berkenaan dan turut difahamkan gadis berkenaan telah mendampingi dan kerap ke hotel bersama teman lelaki yang berlainan.


Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.




1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/01/viral-gadis-bangga-hilang-daya-akhirnya.html

    ReplyDelete

Featured post

Kopral Limbang DiKhuatiri Lemas di Sungai Medait Long Napir Limbang

  https://youtu.be/tT9-778bnsY