2021年2月21日日曜日

Kenapa Gout Terjadi & Bagaimana Mencegahnya ?



Kenali Apa Penyakit Gout 


Penyakit gout adalah sejenis penyakit berkaitan sendi yang terjadi akibat kadar asam urat yang terlalu tinggi berada dalam darah manusia (seseorang). Pada keadaan normal pula, kadar asam urat yang larut dalam darah manusia dan akan keluar melalui saluran kencing manusia (urine).  Tetapi kita harus sedar bahawa dalam keadaan tertentu, tubuh juga mampu menghasilkan asam urat dalam jumlah yang berlebihan ataupun akan mengalami gangguan sekiranya terlalu banyak membuang asam urat tersebut, dan akhirnya akan membengkak dalam tubuh badan seseorang.


Uric Acid (bengkak yang terjadi) akhirnya akan membentuk kristal di kawasan sendi, yang menyebabkan kesakitan dan bengkak akan berlaku di pelbagai sendi tubuh badan manusia (seseorang). Walaupun ianya akan timbul di kawasan sendi, ia mungkin akan berlaku seterusnya di kawasan saluran kencing dan juga ginjal. Keadaan tersebut akan menyebabkan fungsi ginjal manusia terganggu dan menyukarkan pembuangan air kencing.


Mari Kenal Apa Itu Asid Urik 

Asid Urik adalah bahan kumuhan yang berasal dari sejenis protein yang dipanggil dan dikenali sebagai Purin. Setiap hari sebenarnya badan kita akan membuang bahan kumuhan melalui saluran air kencing (urin).


Tetapi bagi seseorang yang menghidap gout pula, asid urik yang berlebihan tidak mampu dibuang dan akan berkumpul di dalam sendi mereka. Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan juga boleh menyebabkan kecacatan. Kini Syukur sekali kerana dengan kemajuan Sains dan Teknologi maka, kemajuan dalam bidang perubatan kita maka, gout boleh kini dikawal.


Kebiasaannya ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun. Manakala, kaum wanita jarang sekali menghidap gout sebelum putus haid mereka.


Apakah Tanda - Tanda Penyakit Gout ?

  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan juga jari.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu ataupun berbulan.
  • Sakit juga mungkin berlarutan berhari - hari, atau sekurang - kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun terasa amat menyeksakan.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba - tiba, kerap kali semalaman.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Gout lazimnya akan menyerang kawasan ibu jari kaki manusia.

Apakah Kompilasi Penyakit Gout ?

  • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil 'tophi'
  • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk 'batu karang'.
  • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan yangn lain seperti:
      > Kegemukan
      > Darah Tinggi
      > Hiperlipidemia
      > Diabetes

Apakah Jenis Rawatan Penyakit Gout ?

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi seseorang itu harus mengambil langkah - langkah untuk mengatasinya dengan sendiri.


1# Rawatan Serangan Akut

  • Rehatkan sendii semasa serangan otot.
  • Memberikan ubat - uabatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan juga keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Tetapi jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit - birit.
  • Dengan cara memberikan Steroid.
  • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang (sakit).
  • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.

2# Rawatan Jangka Panjang

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, seseorang itu haruslah mengelakkan faktor-faktor yan gboleh menambahkan paras asid urik.

  • Dengan menjaga berat badan - kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan.
  • Mengelakkan minuman keras.
  • Pemakanan - elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi.
  • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang yang mengandungi purin yang tinggi.

Bagaimana Faktor Pemakanan Terlibat Dengan Penyakit Gout ?

Di sini dikongsikan senarai makanan yang kaya dengan kandungan Purin agar penyakit gout boleh dihindari :


Elakkan Makanan Seperti

  • Organ dalaman haiwan seperti - hati, paru - paru, ginjal dan otak.
  • Ikan bilis, kembung dan juga sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti kerang, ketam dan udang.

Jom Kurangkan Makanan Seperti 

  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan juga bayam
  • Peanuts, lentil, beans dan peas
  • Poultry
  • Roti jagung dan juga bijirin

Bagaimana Mencegah Penyakit Gout ?

  • Ubah cara hidup kita bagi memastikan paras asid urik dalam keadaan normal.
  • Amalkan cara hidup sihat bagi mengelak dari menghidap penyakit-penyakit berhubungkait dengan gout.
  • Apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
  • Jangan mengubah ataupun menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air (mineral).

Benarkah Di Dunia Ini Ada Vitamin Semulajadi Boleh Merawat Penyakit Gout ?

Selain daripada ubat - ubatan, seseorang itu boleh mencuba perubatan alternatif bagi mencegah penyakit gout daripada berulang.


Tetapi kita harus ingat bahawa, sebenarnya vitamin bukanlah ubat. Ia lebih kepada untuk pencegahan sahaja dan bukannya untuk mengubati. Ramai yang selalu beranggapan bahawa supplemen ataupun pengambilan vitamin adalah ubat dan akan sembuh segera. Bukan begitu.


Supplemen ini lebih kepada pencegahan sebelum seseorang itu diserang gout ataupun jika mereka pernah diserang gout, dengan mengambilan supplemen secara konsisten akan membantu menghalang gout dari kembali menyerang dan bukannya menghentikan terus penyakit ini.



@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...