2021年2月23日火曜日

KENAPA PEPERIKSAAN SPM TIDAK BOLEH DITANGGUHKAN LAGI ?



KUALA LUMPUR :

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) amat berharap peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telahpun dijalankan kelmarin (22 Februari 2021, Isnin) tidak menjadi isu dan ianya harus diteruskan meskipun ada kebimbangan peningkatan kes COVID -19 sejak akhir - akhir ini dan kemungkinan akan wujudnya Kluster Baharu " Kluster SPM" seperti yang diwar - warkan di Media Sosial oleh Netizen yang tidak bertanggungjawab.


Presiden NUTP, Aminuddin Awang turut memaklumkan, pihaknya tidak mahu status cemerlang peperiksaan SPM terjejas kerana sijil Peperiksaan tersebut diiktiraf di banyak negara dan ia setaraf dengan Sijil Umum Peperiksaan Menengah (GCSE) di United Kingdom.


" NUTP turut berharap agar peperiksaan SPM dapat diteruskan juga sehingga selesai bagi semua SPM yang sepatutnya menduduki pada tahun 2020 yang lalu bagi proses mereka memasuki fasa kerjaya dan melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi berjalan dengan lancar kelak.


" Pelajar SPM yang memasuki umur 18 tahun ini juga sudah mampu berfikir secara matang dan sedar apa - apa yang berlaku akan menjejaskan peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran dan menceburi bidang era kerjaya kelak. Mereka senang diurus oleh guru bagi berhadapan dengan  aspek pematuhan SOP wabak COVID -19," seperti yang dimaklumkan selepas pelancaran aplikasi MyNUTP, Ahad lepas.


Pada masa tersebut juga, Aminuddin turut memaklumkan bahawa NUTP juga terus nekad menyokong apa jua keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sama ada untuk menangguhkan pembukaan sesi persekolahan sekiranya kes COVID -19 terus meningkat dan membimbangkan.


" NUTP yakin dalam proses pembukaan sesi persekolahan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuat keputusan berasaskan nasihat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan analisis risiko semasa.


" Bagi mewakili pihak guru, beliau menyatakan bahawa apa sekalipun tetap bersedia untuk menabur khidmat dan juga amat berharap aspek keselamatan dan juga kesihatan diberikan keutamaan dalam apa - apa hal berkaitan pembukaan sekolah."


Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin pada Sabtu, 20 Februari 2021 melaporkan, KPM perlu menunggu pengumuman oleh Perdana Menteri, Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin mengenai tindakan yang akan dilaksanakan kerajaan berhubungnya situasi semasa jangkitan COVID -19.


Dalam pada itu juga, Aminuddin turut memaklumkan kepada media, Aplikasi MyNUTP semestinya memudahkan ribuan ahlinya untuk melaksanakan proses perkhidmatan secara dalam talian dengan lebih mudah dan juga ringkas termasuk berkenaan mendapatkan penyata ahli, maklumat pertukaran tempat bertugas serta tuntutan kebajikan bagi pasangan dan juga anak - anak.



@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/02/kenapa-peperiksaan-spm-tidak-boleh.html

    返信削除

Featured post

HOW IMPORTANT IS ENGLISH LANGUAGE IN JAPAN?

HOW IMPORTANT IS ENGLISH LANGUAGE IN JAPAN? @Jackie San In Japan,  English is being learned to further develop society . Students in Japan h...