2021年3月11日木曜日

Tapak Pelupusan Sampah Jeli Dibakar !

 


 JELI : Pasukan Bomba dan Penyelamat hari ini (11 Mac 2021, Khamis) sedang bekerja keras untuk memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah yang berkeluasan 1.61 hektar di Sungai Mekong yang telah menyebabkan beberapa kampung berdekatan mengalami masalah asap tebal.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, iaitu Mohd Adni Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira - kira jam 2130 malam tadi mengenai kebakaran yang dipercayai bermula pada jam 2000 malam.

 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli turut memaklumkan bahawa operasi telah bermula sejak semalam 10 Mac 2021 (Rabu) namun disebabkan asap yang begitu tebal dan menyukarkan aktiviti pemadaman kebakaran di kawasan tersebut.

 

" Operasi yang ditangguhkan lewat malam semalam, dimulakan semula pagi ini dan melibatkan 15 orang anggota bomba dan juga enam (6) anggota Majlis Daerah Jeli sejak jam 0800 pagi.

 

" Sebuah jentera pengorek kaut turut digunakan untuk mengorek sampah bagi tujuan memadam sisa kebakaran tersebut yang bermula dari bahagian bawah," seperti dimaklumkan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli.

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/03/tapak-pelupusan-sampah-jeli-dibakar.html

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...