2021年4月4日日曜日

Kes COVID -19 Di Sarawak Membimbangkan Tidak Mustahil Akan Berlakunya Darurat ?



COVID -19 : Meningkat Melebihi 400 orang tanggal 04 April 2021 dan Sarawak 03 April 2021 290 Kes Baharu dan Kluster Kampung Binyu Diisytiharkan !

 

KUCHING, SARAWAK: Sarawak merekodkan sebanyak 290 kes baharu COVID -19 menjadikan jumlah keseluruhan telah meningkat kepada 17,135 kes pada 03 April 2021 (Sabtu).


Ianya dimaklumkan pada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) pada 03 April 2021 (Sabtu), Daerah Kuching telah mencatatkan kes tertinggi iaitu (86 kes), diikuti Daerah Bintulu (81 kes), Daerah Miri (36 kes), Daerah Sibu (22 kes), Daerah Serian (20 kes), Daerah Samarahan (7 kes), Daerah Kapit (6 kes), Daerah Subis (6 kes), Daerah Julau (5 kes), Daerah Mabong (4 kes), Daerah Meradong (3 kes), Daerah Marudi (3 kes), Daerah Sarikei (2 kes), Daerah Selangau (2 kes), Daerah Sri Aman (2 kes), Daerah Tebedu (2 kes), Daerah Tanjung Manis (1 kes), Daerah Tatau (1 kes) dan Daerah Belaga (1 kes).

 

JPBNS turut memaklumkan satu kes kematian turut direkodkan dan menjadikan jumlah kematian akibat jangkitan pandemik COVID - 19 di Negeri Sarawak telah meningkat kepada 113 orang.

 

Kes kematian pada 03 April 2021 (Sabtu) adalah melibatkan seorang lelaki tempatan berumur 50 tahun yang telah ditemui tidak sedarkan diri oleh keluarga di rumah dan dibawa terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Bintulu oleh keluarga mangsa.

 

Tambahan kenyataan pula, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah mengisytiharkan satu lagi kluster terbaharu Negeri Sarawak di Daerah Kuching iaitu Kluster Kampung Binyu.

 

Kluster Kampung Binyu tersebut adalah kluster komuniti yang dikesan melibatkan majlis perkahwinan di Kampung Binyu, Jalan Tanjung Bako.

 

Tambahan maklumat berkaitan Daerah Belaga dan juga Daerah Mabong telah berstatus kuning sehingga hari ini.

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kes-covid-19-di-sarawak-membimbangkan.html

    返信削除

Featured post

GUIDE THINGS TO DO IN OITA, JAPAN

   https://youtu.be/zfoI4a-bgZo?si=djJGxs8wb-1nV0Cn >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<