2021年4月18日日曜日

TRAGIS Dikhuatiri Dendam, Remaja Perempuan Dirogol - Bunuh - Dibakar Hidup Di Terengganu

 


KUALA NERUS, Terengganu:

Dikhuatiri akibat cemburu dan dendam, remaja perempuan dirogol, dibunuh dan dibakar hidup-hidup. Mayat yang kini masih belum dapat dikenalpasti akibat hampir keseluruhan tubuh badan hanggus terbakal yang ditemui dengan kesan terbakar di dalam cerun semak di tepi jalan utama Terengganu - Kelantan, Kampung Padang Air di sini pada 17 April 2021 (Sabtu).

 

Mayat yang dalam keadaan meniarap itu ditemui di cerun kedalaman kira - kira tiga (3) meter oleh seorang pekerja kontrak kebersihan pada jam 0715 pagi sebelum beliau dan rakannya memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din turut memaklumkan bahawa, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) telah menerima maklumat menerusi panggilan kecemasan MERS daripada seorang lelaki yang memaklumkan berkaitan penemuan mayat tersebut.

 

" Setibanya di lokasi tersebut, kita dapati satu mayat dalam keadaan tertiarap yang terbakar keseluruhan anggota badan kecuali bahagian betis kanan mangsa.

 

" Menerusi siasatan awal, kita percaya berkemungkian mangsa meninggal dunia akibat dibunuh di tempat lain dan hanya dibakar di lokasi tersebut. Bagaimanapun siasatan masih lagi diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian tersebut.

 

" Polis bagaimanapun tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri di lokasi tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian pada 17 April 2021 (Sabtu).

 

Abdul Rahim turut memaklumkan bahawa, mayat berkenaan telah dibawa ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Nurzahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk tujuan bedah siasat.

 

" Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan niat membunuh.

 

Beliau sehubungan itu juga meminta kerjasama orang ramai untuk tampil membantu siasatan dan memaklumkan kepada pihak polis sekiranya terdapat ahli keluarga yang tidak pulang ke rumah dalam tempohn 24 jam. Selain itu, siasatan juga dilakukan bagi mengesan nombor telefon dan juga komunikasi mangsa sebelum kejadian dan pihaknya mempunyai kepakaran dalam perkara tersebut.

 

Sementara itu juga, pekerja kontrak kebersihan yang menemui mayat tersebut iaitu Mohd Hamdan Abd Manaf, 23 tahun turut memaklumkan, dia menjumpai mayat berkenaan pada jam 0715 pagi ketika sedang membuat kerja-kerja pembersihan di lokasi sebelum ternampak asap yang agak tebal iaitu kira-kira 300 meter dari lokasi beliau bertugas.

 

" Saya nampak asap tebal dan takut ada orang membuat pembakaran secara terbuka. Saya terus ke lokasi tersebut untuk meninjau.

 

" Setibanya di lokasi berkenaan, saya dapati ada satu objek yang sedang terbakar hanggus. Pada mulanya saya ingatkan anak patung, lalu memanggil kawan saya yang kebetulan ada di lokasi yang sama untuk mendapatkan kesahihan perkara tersebut.

 

" Masa itulah kawan saya mengesahkan bahawa objek tersebut adalah seorang manusia, sebelum dia terus menghubungi pihak polis," katanya.

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/04/tragis-dikhuatiri-dendam-remaja.html

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<