2021年8月4日水曜日

ICU Hospital Kedah Tenat - COVID - 19

ALOR SETAR, KEDAH

 


Seramai 90 pesakit pandemik wabak COVID-19 sedang dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU) daripada 96 katil ICU COVID-19 di semua hospital kerajaan di Negeri Kedah setakat tengahari pada 30 Julai 2021 (Jumaat).

 

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo berkata, daripada jumlah itu seramai 42 pesakit di ICU memerlukan bantuan pernafasan untuk kelangsungan hidup. 

 

" Status ini adalah yang diperolehi setakat tengahari (Jumaat) 30 Julai 2021. Kita hanya mempunyai 96 katil di ICU COVID-19 di seluruh hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Negeri Kedah ini.

 

" Seramai 90 pesakit COVID-19 kini sedang dirawat di ICU, daripada jumlah tersebut seramai 42 pesakit adalah memerlukan bantuan pernafasan serius. Sehingga kini penggunaan katil di semua hospital yang merawat pesawit COVID-19 di Negeri Kedah secara keseluruhannya sudah mencapai 95 %, " ulasnya ketika dihubungi di sini.

 

Sementara itu juga, Dr Othman berkata, pihaknya sudah membuat permohonan kepada kerajaan untuk mendapatkan dua kontena sejuk beku bagi menempatkan mayat pesakit COVID-19 di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan juga di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah.

 

Katanya lagi, kedua-dua hospital itu memerlukan kontena khas berkenaan berikutan kes kematian pesakit Wabak COVID-19 yang terus meningkat di Negeri Kedah.

 

Kedah pada 30 Julai 2021 (Jumaat) mencatatkan 12 kematian akibat Wabak COVID-19 manakala pada Khamis 29 Julai 2021 sebanyak 17 kematian direkodkan. Ini menampakkan kes kematian akan terus meningkat hari demi hari.

 

Sehingga 30 Julai 2021 (Jumaat), Negeri Kedah terus menjadi menyumbang tertinggi bagi kes baharu wabak COVID-19 selepas Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan iaitu 1,281 kes pada 30 Julai 2021 (Jumaat).

 

 >>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL<<<

 https://www.jacknjillscute.com/2021/07/viral-teknik-bersenam-mudah-semasa-pkp.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/majlis-makan-makan-di-skudai-membawa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/hanya-15-saat-varian-delta-boleh-merebak.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/viral-keindahan-bandaraya-bumi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/viral-bandaraya-kuching-sarawak-sunyi.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/06/viral-statistik-kes-kematian-akibat.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/viral-perjalanan-dari-kuching-ke-utara.html 


@ Jackie San 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/08/icu-hospital-kedah-tenat-covid-19.html

    返信削除

Featured post

Kagoshima City Aquarium And Sakurajima Ferry Terminal Kagoshima

  https://youtu.be/5oTOt19W8Cg?si=ZcQezugH_AcExNDl >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<