2021年8月15日日曜日

TUNTUTAN KEPADA MICHAEL ANG - LANA

KUALA LUMPUR: Suami kepada pelakon Lana Nodin iaitu David Mackienzie sudah mengarahkan peguam untuk menghantar surat tuntutan kepada pengarah Michael Ang yang didakwa mengeluarkan kenyataan salah terhadap isterinya.

 


David berkata, surat tuntutan yang bakal dihantar kepada pengarah itu adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan ' perbalahan ' yang tercetus membabitkan Lana dan Michael.

 

" Peguam saya akan menghantar surat tuntutan. Ini adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan perkara ini dengan segera. Kita tengok berapa duit yang dia ada.

 

" Ini adalah satu pengajaran untuk tidak bercakap buruk mengenai orang lain, " katanya.

 

Menurut David, dia berasa kesal dengan tindakan pengarah itu yang melabel isterinya sebagai seorang yang ' bimbo ' dan tidak menyokong petugas barisan hadapan.

 

" Saya akan pastikan tiada siapa yang akan menghargai apa yang diluahkannya. Ia adalah komen yang tiada kelas dan tiada maruah. Lelaki ini mempunyai sedikit mulut yang amat jahat. Dia sering mengulangi perkara yang tidak berfaedah.

 

" Tiada suami yang suka bila seseorang bercakap perkara yang tidak baik mengenai isterinya, terutama menghina macam itu daripada seorang lelaki ataupun wanita.

 

" Dia sering bercakap perkara buruk mengenai ramai orang lain. Dia juga mempengaruhi ramai orang orang untuk bercakap perkara yang buruk mengenai isteri saya.

 

" Dia cakap isteri saya tidak menyokong barisan hadapan dan itu adalah kenyataan yang tidak masuk akal," katanya.

 

Terdahulu, Lana menerusi perkongsiaan di Instagram menempelak pengarah itu yang dikatakan telah masuk campur di atas kenyataannya berkaitan mengkritik Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/viral-durian-kuning-otak-udang-terbaik.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/indonesia-kes-pesakit-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/viral-kata-kata-semangat-en-ezra-uda.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/viral-skuad-keirin-negara-gagal.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/icu-hospital-kedah-tenat-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/sajat-diisytihar-bankrap.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/07/15000-pokok-durian-mousang-king-selesai.html 

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2021/08/tuntutan-kepada-michael-ang-lana.html

    返信削除

Featured post

TOKYO POLICE CONFIRM 2018 DEATH OF NORTH KOREA ABDUCTION SUSPECT - JAPAN

TOKYO POLICE CONFIRM 2018 DEATH OF NORTH KOREA ABDUCTION SUSPECT - JAPAN @Jackie San TOKYO Tokyo police said Tuesday they have confirmed tha...