2022年4月4日月曜日

PDRM ENGGAN TERIMA LAPORAN BERKAITAN TRANSAKSI ATAS JUALAN KEK

PDRM ENGGAN TERIMA LAPORAN BERKAITAN TRANSAKSI ATAS JUALAN KEK

 


PETALING JAYA, SELANGOR :Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor menafikan dakwaan seorang individu bahawa pihak Polis enggan menerima laporannya yang dikatakan ditipu dalam urusan pemindahan wang membabitkan jual beli kek.

 

Individu berkenaan melakukan 11 transaksi bagi pembelian sebelum menularkan perkara itu melalui media sosial Twitter.

 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu).

 

Menurut Mohamad Fakharudin juga, kejadian itu (penipuan) berlaku sejak November tahun 2021 sehingga Februari 2022.

 

" Mangsa yang tidak membuat pengesahan pembayaran setiap kali tempahan dibuat oleh pelanggan (suspek) hanya menyedari ditipu apabila suspek cuba membuat tempahan kali ke-12, " katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu, 02 April 2022.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa, suspek seorang wanita tempatan telah ditahan pada 10 Februari 2022 oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Petaling Jaya, Selangor.

 

" Siasatan masih dijalankan dengan beberapa lagi tindakan sebelum kes itu dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk mendapatkan arahan lanjut," katanya.

 

>>>BACA LEBIH BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/01/omicron-virus-menyerang-malaysia-kini.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/vaksin-covid-19-berjaya-dihasilkan-oleh.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/8-pelajar-sekolah-agama-berasrama-maut.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/rm-25-k-barang-kemas-warga-emas-disamun.html 

 


@ Jackie San 

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

KEJAM - DITUDUH CURI RM 85 PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH DIBUNUH

VIRAL - DITUDUH CURI RM 85 PELAJAR KOLEJ VOKASIONAL LAHAD DATU SABAH DIBUNUH @Jackie San LAHAD DATU, SABAH (23 MAC 2024): Siasatan polis me...