2022年4月13日水曜日

PESAWAT MALAYSIA AIRLINES TIBA-TIBA MENJUNAM AKIBAT KEROSAKAN SISTEM UKUR TEKANAN

PESAWAT MALAYSIA AIRLINES TIBA-TIBA MENJUNAM AKIBAT KEROSAKAN SISTEM UKUR TEKANAN

 


PETALING JAYA, SELANGOR : Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah mengenalpasti kerosakan sistem "Pitot Static" sebagai punca sebuah pesawat Malaysia Airlines ke Tawau Sabah, berpatah balik ke KLIA Ahad (03 April 2022), selepas dilaporkan " menjunam " secara tiba - tiba.

 

Berdasarkan laporan awal perakam data penerbangan (FDR), Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Chester Voo berkata, isu teknikal itu berpunca daripada kerosakan sistem pitot-static, instrumen penting bagi mengukur perbezaan tekanan untuk menentukan kelajuan angin dan juga ketinggian pesawat di udara.

 

Beliau turut memaklumkan bahawa, Boeing 737-800 yang terjejas itu direhatkan sehingga diberitahu kelak dan syarikat pengeluar pesawat terbabit sedang menjalankan analisis teknikal.

 

Selain mengarahkan Malaysia Airlines membuat kajian semula dengan CAAM berhubung laporan kebolehpercayaan yang memfokuskan isu sama ke atas semua Boeing 737-800, CAAM juga mahu syarikat penerbangan itu memeriksa sistem pitot-static pada semua Boeing 737-800 nya.

 

Voo turut memaklumkan bahawa, kerosakan yang dialami penerbangan MH 2664 pada Ahad (03 April 2022) telah menghasilkan petunjuk kelajuan palsu yang menyebabkan pesawat itu terbang lebih tinggi dan fungsi ' autopilot ' dinyahaktifkan.

 

Bertindak balas terhadap keadan itu, juruterbang segera mengawal pesawat terbabit semula.

 

" Ini penting bagi memastikan pesawat kekal di bawah kawalan juruterbang berdasarkan baki petunjuk tepat menggunakan baki instrumen sedia ada.

 

" Ketika dalam keadaan tidak stabil itu, data keselamatan menunjukkan input mendadak daripada juruterbang ketika cuba mendapatkan kawalan semula.

 

" Bagaimanapun, gerakan ini telah menyebabkan perubahan ketinggian dan ' pitch ' pesawat yang seiring laporan juruterbang dan pengalaman penumpang dalam pesawat."

 

Selain itu, Voo turut memaklumkan, gerakan pembetulan itu ditambah cuaca yang agak buruk menyebabkan penumpang dalam kabin pesawat tidak selesa.

 

Selain itu, tindakan awal anak kapal dan pelaksanaan senarai semak pemulihan tidak normal mengikut prosedur operasi standard mencukupi berdasarkan laporan siasatan awal CAAM dan FDR.

 

Voo turut memaklumkan, program " Upset Prevention and Recovery Training (UPRT)" Malaysia Airlines perlu ditingkatkan untuk memberikan penekanan kepada tindakan awal dan masa diambil untuk bertindak balas terhadap sesuatu isu, serta CAAM akan mewajibkannya kepada semua pengendali pesawat komersial.

 

Malaysia Airlines turut mengesahkan penerbangan MH 2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah berpatah balik ke KLIA pada 03 April 2022 lalu akibat " isu teknikal ", di mana penumpang dilaporkan berkata pesawat itu tiba-tiba " menjunam " sebelum berpatah balik.


Selain itu, seorang penumpang " melambung " dari tempat duduknya ketika insiden itu berlaku kerana tali pinggang keledarnya dibuka akibat isyarat itu dipadamkan ketika kejadian.


Tiga penumpang penerbangan tersebut membuat laporan polis untuk mendesak siasatan ke atas insiden tersebut.

 

>>>READ MORE ARTICLE HERE<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2020/02/juruterbang-mh-370-disahkan-bunuh-diri.html

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/krew-penumpang-pesawat-sriwijaya-air.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/waris-mangsa-pesawat-sriwijaya-air.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/kerajaan-indonesia-gesa-waris-mangsa.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/poor-victims-of-sriwijaya-air-crash.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/where-is-second-box-sriwijaya-crashed.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/01/what-happened-to-victims-of-sriwijaya.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/04/kri-nanggala-tragedy-pushed-to-limit.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/05/tragedy-of-kri-nanggala-402-is-worst.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/carrying-133-people-aeroplane-crashes.html 



@ Jackie San

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<