2022年5月30日月曜日

TIDAK SERIK KES BULI PELAJAR DI SABAH TERUS MENINGKAT 6 PELAJAR DITAHAN

TIDAK SERIK KES BULI PELAJAR DI SABAH TERUS MENINGKAT 6 PELAJAR DITAHAN

 


KOTA KINABALU, SABAH: Seorang lagi pelajar Tingkatan Lima di sebuah sekolah menengah di kawasan Manggatal, Sabah cedera parah dipercayai dibelasah oleh sekumpulan rakan sekolahnya pada 26 Mei 2022 (Khamis) lepas.


Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengahari masa kejadian, mangsa yang berumur 17 tahun dilaporkan mengalami kecederaan tisu lembut di pipi dan kaki kanan teruk akibat dibelasah.

 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Sabah Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah melaporkan bahawa siasatan awal polis telah mendapati, kejadian berpunca ketika mangsa sedang mengangkat meja masuk ke dalam kelasnya.

 

Katanya, laluan mangsa bagaimanapun terhalang oleh sekumpulan pelajar yang sedang bergambar.

 

" Mangsa dikatakan menjerit meminta dibenarkan untuk membuat laluan ketika kejadian namun, tidak diperdulikan oleh segelintir pelajar yang sedang asyik bergambar tersebut.

 

" Mangsa kemudiannya menjerit beberapa kali ' tepi-tepi '  sebelum melanggar pelajar terbabit dengan meja yang diangkatnya, " katanya ketika dihubungi pada hari Sabtu, 28 Mei 2022.

 

Mohd Zaidi turut memaklumkan bahawa, seorang pelajar terus menolak mangsa sebelum berlakunya pergelutan antara mangsa dengan kumpulan pelajar terbabit.

 

Katanya lagi, kejadian dilihat oleh seorang guru yang terus bertindak mengarahkan mereka untuk berhenti bergaduh.

 

" Pihak sekolah kemudiannya menghubungi ahli keluarga mangsa untuk memaklumkan kejadian sebelum mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II (HQEII) untuk mendapatkan rawatan," jelasnya.

 

Sementara itu juga, Mohd Zaidi turut memaklukan, mengikut laporan perubatan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan pihaknya sudah menahan tiga (3) daripada enam (6) pelajar yang disyaki membuli dan melakukan keganasan terhadap mangsa terbabit.

 

" Hasil siasatan mendapati enam (6) pelajar yang dikenal pasti memukul mangsa, menerajang, menampar telah ditahan iaitu tiga (3) orang dan selebihnya masih bebas dan sedang dikesan oleh Pihak PDRM.

 

" Seorang pelajar ditahan reman selama empat (4) hari dan dua (2) orang lagi akan diambil tindakan sama bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan," jelas Mohd Zaidi.

 

>>>BACA LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/05/pelajar-sekolah-mengaku-bersalah.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/remaja-rempuh-pekerja-ketika-memandu.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/anak-ahli-parlimen-mendapat-layanan.html 

 


@ Jackie San



0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...