2022年6月2日木曜日

ISU BILA PINTU SEMPADAN NEGARA BRUNEI - MALAYSIA AKAN DIBUKA ?

ISU BILA PINTU SEMPADAN NEGARA BRUNEI - MALAYSIA AKAN DIBUKA ?

 


PUTRAJAYA, MALAYSIA Malaysia dan Brunei bersetuju untuk menyambung secare berperingkat kerja-kerja penandaan sempadan darat antara kedua-dua negara yang berjiran terlalu lama di Kepulauan Borneo ini.


Menurut satu kenyataan dikeluarkan di Wisma Putra menerusi hantaran dalam laman sosialnya, ia hasil susulan mesyuarat bersama julung kali peringkat pegawai tertinggi yang berlangsung di sini pada Bulan April 2022 yang lepas.


" Aktiviti penandaan sempadan akan diteruskan secara berfasa serta mengalu-alukan cadangan dari jawatankuasa kerja dan keselamatan dalam menjamin keamanan sempadan darat kedua-dua negara," jelasnya.


Malaysia yang diwakili oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob dan Negara Brunei yang diwakili oleh Menteri Luar Negeri keduanya, Datuk Seri Erywan Mohd. Yusof.


Sesi mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama bagi Tahun 2022 ini dibuat bersempena lawatan kerja selama tiga (3) hari wakil kerajaan negara tersebut ke Malaysia.


Kedua-dua negara berjiran di rantau Asia Tenggara itu sudah pun lama menjalinkan kerjasama dalam hal ehwal sempadan darat sejak Tahun 2012 menerusi pelbagai perjanjian yang telah dimeterai.


Erywan turut mengadakan pertemuan rasmi dengan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah serta Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di ibu negara, Kuala Lumpur.


Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, Jawatankuasa itu antara mekanisme penting dalam hubungan istimewa kedua-dua negara terutama isu sempadan darat yang dirintis sedekat yang lalu.


" Isu persempadanan darat turut dibincangkan dengan teliti namun telah pun mencapai kesepakatan dalam beberapa perkara termasuk kerja penandaan yang akan turut disambung," jelasnya.


Malaysia dan Brunei berkongsi perbatasan darat sepanjang 481 kilometer tetapi setakat ini hanya 207 kilometer yang sudah dimuktamadkan antara negara itu dengan kerajaan Negeri Sarawak.


Kedua-dua negara tersebut kemudian bersetuju dengan penetapan lima (5) perjanjian sempada darat yang dimeterai sebelum itu menerusi pertukaran surat rasmi pada 16 Mac 2009.


Namun begitu, bagi perkara panas yang melibatkan persempadanan pintu masuk sempadan kedua-dua negara keterlibatan Bahagian Limbang, Negeri Sarawak dan sempadan Negara Brunei Darussalam, belum ada keputusan MUKTAMAD bila ianya akan dibuka kepada orang awam sehingga kini, 01 Jun 2022.


Kementerian menyifatkan agar semua terus bersabar.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 

  
Cara Mudah Mohon Kelulusan Segera

 

 




@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/05/5902-saman-dikeluarkan-pada-ops-selamat.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2021/08/viral-muhyiddin-diugut-untuk-meletak.html

    返信削除

Featured post

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN

SUSPECT ARRESTED OVER ATTEMPTED MURDER OF MAN ON KUMAMOTO STREET - JAPAN @Jackie San KUMAMOTO Police in Kumamoto City, Kumamoto Prefecture, ...