Wednesday, 22 June 2022

PAS YAKIN AKAN MENGUASAI RAKYAT NEGERI SABAH PADA AKSI PILIHAN RAYA TIDAK LAMA LAGI

PAS YAKIN AKAN MENGUASAI RAKYAT NEGERI SABAH PADA AKSI PILIHAN RAYA TIDAK LAMA LAGI

 


KOTA KINABALU, SABAH : Penganalisis politik berpendapat, Parti PAS sungguh tidak ada kemampuan untuk memenangi sebarang kerusi di Negeri Sabah pada pilihan raya umum kali ke-15 (PRU-15) kerana ideologi politiknya tidak sesuai untuk negeri di Bawah Bayu itu.


Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, buat masa ini, Parti PAS kurang diterima di seluruh Malaysia bahkan tidak diterima oleh Rakyat Sabah kerana ideologi politik parti itu tidak adil dan tidak sama sekali sesuai dengan masyarakat pelbagai etnik dan agama di Negeri Sabah bahkan jirannya Negeri Sarawak sekalipun.

 

Jelasnya lagi, " sudah terang lagi bersuluh ", pada Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lepas sahaja (DUN Sarawak) Parti PAS kecundang teruk di negeri itu. Ini sudah jelas sekali bagaimana contohnya Negeri yang mempunyai kepelbagaian Kaum mahupun Agama dapat menerima Parti PAS. 


Oleh itu, katanya, langkah Parti PAS baru-baru ini menyuarakna hasrat untuk bertanding di Negeri Sabah pada PRU-15 lebih kepada membina tapak dan menguji penerimaan rakyat di negeri itu. Tapi jawapannya sudah jelas dan membazirkan wang deposit calon Parti PAS sahaja.


Beliau juga menjangkakan sebarang rundingan kerusi antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PAS tidak akan membuahkan hasil sekalipun kerana ia mungkin menolak penyertaan parti Islam itu disebabkan budaya politik yang amat berbeza, selain penolakan akar umbi dari Negeri Sabah sendiri.

 

" Selain Parti PAS yang amat kurang mesra dengan penyertaan parti dari Bukan Islam, agak sukar untuk mereka diterima, walau apapun yang dilakukan atau ditawarkan mereka kepada pengundi di Negeri Sabah. Mungkin boleh (diterima pengundi Sabah) jika PAS mengubah pendekatan dan ideologi mereka, tapi memang jelas impaknya tidaklah begitu kuat sekali.

 

" Beliau turut menyatakan bahawa melihat keadaan Parti PAS tiada kekuatan di Negeri Sabah, kalau ada pun mereka hanya bergantung kepada bendera Perikatan Nasional (PN) yang telah 'beraksi' dengan baik pada pilihan raya negeri yang lalu," katanya kepada FMT.

 

Selain itu, Parti PAS Sabah dilaporkan berkata, ia mengenal pasti kerusi yang diyakini boleh dimenangi pada PRU15 dan sudah melakukan gerak kerja masyarakat di kerusi terbabit.

 

Setiausahanya, Aliakbar Gulasan tidak menolak kemungkinan Sepanggar antara kerusi yang disasarkan dan perbincangan mengenai calon pilihan raya kini di peringkat akhir.

 

Sementara itu juga, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah turut berkata, Parti PAS mungkin boleh mendapat sokongan daripada segelintir Pengudi Islam, namun tetap sukar untuk Pengundi Bukan Islam.

 

Katanya lagi, Parti PAS Negeri Sabah juga perlu menetapkan pendirian serta kedudukan mereka terlebih dahulu, sama ada mereka bersama GRS, PN ataupun gabungan Parti lain.

 

" Sukar untuk Parti PAS bertapak di Negeri Sabah kerana persepsi rakyat di negeri ini yang melihat Parti PAS parti ekstremis Islam, ini menjadi liabiliti kepada mereka (rakyat) terutama dengan kepelbagaian kaum dan juga agama di Negeri Sabah sendiri.

 

" Pada awal lantikan (Setiausaha PAS Sabah) Aliakbar sebagai ADUN dilantik, nampak seperti ada usaha untuk menjadikan Parti PAS Sabah berbeza dengan Semenanjung, tapi lama-kelamaan usaha itu semakin sunyi atau mungkin kurang mendapat publisiti," katanya.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL LAGI DI SINI<<< 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/sarawaks-premier-why-and-whats-in-name.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/muda-scores-maiden-electoral-win-in.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/04/pay-attention-to-youth-opinion-reduce.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/02/mudas-dian-lee-cant-choose-her-father.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/umno-plan-to-be-in-singapore.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/unbelieved-bn-wins-two-thirds-majority.html

 


@ Jackie San





4 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/06/amerika-syarikat-akan-menyekat-negara.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/06/johor-bahru-bertekad-keluar-dari.html

    ReplyDelete
  3. https://www.jacknjillscute.com/2022/06/skuad-harimau-malaya-raikan-kemenangan.html

    ReplyDelete
  4. https://www.jacknjillscute.com/2022/06/isu-salah-faham-tidak-timbul-netizen.html

    ReplyDelete

Featured post

KM TEMPAT MENGUNDI ENGGAN TANDATANGAN BORANG 14 PH DI SEGAMBUT

KM TEMPAT MENGUNDI ENGGAN TANDATANGAN BORANG 14 PH DI SEGAMBUT @Jackie San PETALING JAYA, SELANGOR: Calon Pakatan Harapan, Hannah Yeoh menda...