Sunday, 10 July 2022

IRAQ HADAPI GELOMBANG BAHARU COVID-19

IRAQ HADAPI GELOMBANG BAHARU COVID-19

 


BAGHDAD, IRAQ : Kementerian Kesihatan Iraq pada 21 Jun 2022 (Selasa) telah mengumumkan mengenai gelombang baharu jangkitan pandemik COVID-19 di negara itu, dengan 515 kes baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam.

 

" Terdapat peningkatan ketara kes positif dalam beberapa hari kebelakangan ini. Selain itu juga, di atas peningkatan kes dan juga jumlah individu yang dijangkiti COVID-19 di hospital, sekali gus menunjukkan Iraq telah memasuki gelombang pandemik yang baru," seperti yang dilaporkan oleh Xinhua.

 

Selain itu juga, peningkatan semula jangkitan disebabkan ramai yang tidak menerima vaksin COVID-19 walaupun ia terdapat di semua pusat kesihatan di Baghdad, Iraq dan juga wilayah lain di negara itu, serta masyarakat rata rata ingkar bagi perlindungan kesihatan.

 

Pada 21 Jun 2022 (Selasa) seramai 515 kes baharu akibat COVID-19 dilaporkan dan ianya menjadikan jumlah keseluruhan 2,332,692 kes, manakala satu (1) kematian direkodkan dan ianya terus meningkat dengan jumlah keseluruhan kematian berjumlah 25,229 mangsa.

 

Manakala, sejumlah 14,420 sudah menerima vaksin COVID-19 dalam tempoh 24 jam yang lalu di seluruh Negara Iraq dan menjadikan jumlah keseluruhan penerima vaksin di negara itu adalah 10,797,872 dos, seperti yang dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan Negara Iraq.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<< 

 https://www.jacknjillscute.com/2022/04/varian-omicron-xe-tular-di-thailand.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/tidak-perlu-guna-pelitup-muka-indonesia.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/ujian-diri-covid-19.html 

 

@ Jackie San 

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/could-climate-change-cause-humans-to.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/insulted-prophet-muhammad-4-nabbed-for.html

    ReplyDelete

Featured post

Kemalangan Terok Di Petra Jaya Kuching 09 Jun 2022

   https://youtu.be/Hk0pbUPfJlM >>>BANYAK LAGI VIDEO DI SINI<<<