2022年4月27日水曜日

VARIAN OMICRON 'XE' TULAR DI THAILAND

VARIAN OMICRON 'XE' TULAR DI THAILAND


 

BANGKOK, THAILAND :Thailand melaporkan kes pertama Omicron XE, gabungan dari dua versi bagi varian Omicron terdahulu, sejurus selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran mengenai suvarian itu.

 

Penemuan XE, gabungan mutan dari varian BA.1 dan BA.2, sudah dilaporkan oleh Pusat Genomik Perubatan, Hospital Ramathibodi.

 

Dalam catatan di laman Facebooknya, pusat itu memaklumkan rekombinan XE ditemui melalui penjujukan genomik sampel calitan yang diambil daripada pesakit.

 

Katanya, rekombinan XE itu bukanlah varian Deltacron, sebaliknya adalah sesuatu yang baru.

 

WHO memberi amaran pada 05 April 2022 (Selasa) bahawa XE boleh menjadi strain paling mudah menular bagi COVID-19 baharu biarpun tahap betapa serius kesannya masih disiasat sehingga kini.

 

Memetik maklumat daripada WHO, pusat itu berkata satu lagi varian baharu, Deltacron, hibrid daripada Strain Delta dan Omicron, tidak merebak dengan cepat atau menyebabkan gejala teruk berikutan penemuan kes lain yang tidak disahkan melalui Genotaip Massarray.

 

Omicron XE pertama kali dikesan di United Kingdom (UK) pada 19 Januari 2022 yang lalu dan lebih daripada 600 jujukan sudah dilaporkan, sebelum penemuannya disahkan.

 

Memetik pada laporan dari Agensi Perkhidmatan Kesihatan UK (UKHSA), pusat itu menjelaskan Omicron XE adalah 10 peratus lebih mudah menukar daripada BA.2 dan 43 peratus lebih mudah menukar daripada Omicron asal (B.1.1.529).

 

Pusa itu turut melaporkan bahawa, masih perlu penilaian lanjut bagi menentukan sama ada Omicron XE akan dominan.

 

>>>BACA BANYAK LAGI BERITA DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2020/05/permohonan-balik-kampung-sambut-hari.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/08/indonesia-kes-pesakit-covid-19.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/01/omicron-virus-menyerang-malaysia-kini.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/vaksin-covid-19-berjaya-dihasilkan-oleh.html 

 


@ Jackie San 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/04/amat-kejam-pertempuran-di-masjid-al.html?sc=1651005821760#c1564854231273360441

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<