Saturday, 16 July 2022

JOM KENALI 12 PANTAI TERBAIK DI DUNIA

JOM KENALI 12 PANTAI TERBAIK DI DUNIA

 

Kepada sesiapa yang meminati untuk santai-santai dan semestinya dengan kata lain sukakan pantai ? Kita harus juga memikirkan adakah setiap pantai yang dilawati sama ? Semestinya tidak bukan !


Disenaraikan di sini 12 Pantai Terbaik Dunia untuk kita terokai.


1# SOUCE D'ARGENT - SEYCHELLES

2# GLASS BEACH -  USA

3# PLAYA DEL AMOR - MEXICO

4# GREENFIELD BEACH - AUSTRALIA

5# PRAIA DA SALEMA - PORTUGAL

6# CALA GONONE -  SARDINIE

7# SUNJ - CROATIA

8# RAMLA I - HAMZA GOCO - MALTA

9# PRAIA DA FORTALEZA - BRAZIL

10# AMANOHASHIDATE - JEPUN

11# GRAZE BAY - KEPULAUAN TURK DAN CAICOS

12# WHITEHAVEN BEACH - AUSTRALIA


KENAPAKAH 12 PANTAI INI TERBAIK DUNIA ? JOM BACA LEBIH LANJUT :


1# SOUCE D'ARGENT - SEYCHELLES

Di sebuah tanjung yang terlindung, di satu daripada 115 buah pulau yang membentuk Seychelles. Oleh itu terdapat satu pantai yang berwarna pink yang amat sepadan dengan warna biru air laut yang amat indah. Di sini, kita akan merasakan seperti tengah berada di dunia fantasi.\

 

Apabila kita melihat di kawasan sekeliling, kita akan nampak satu batu yang sangat besar sekali. Ia menjadi gambar latar belakang yang sangat fotogenik untuk rakaman foto kita. Sudah banyak kali ia dinobatkan sebagai pantai tercantik di dunia. Marilah kita bersama-sama menjadikan ia satu destinasi yang perlu kita kunjungi!

 

@Jackie San


2# GLASS BEACH -  USA

Pantai ini dipenuhi dengan barangan terbuang mesti tidak cantik di mata mahupun ia amat merimaskan kita. Tetapi, untuk pantai yang satu ini, ianya sebaliknya!

 

Terhasil daripada bahan buangan yang dibuang pada abad ke-20 yang lalu, pantai ini dipenuhi dengan cebisan kaca dan juga porselin. Ia telah dikikis oleh air laut sehingga licin dan tertolak ke pantai. Ia mungkin nampak pelik pada mulanya, namun ia agak menarik untuk dilihat dan juga dihayati. Kita tidak boleh mengambil kaca-kaca ini, tapi ia juga tak bermakna kita tidak boleh menikmati pemandangannya.

 

@ Jackie San


3# PLAYA DEL AMOR - MEXICO

 Juga dikenali sebagai pantai tersembunyi. Playa De Amor terletak di satu kawasan yang dahulunya digunakan untuk menguji senjara perang. Pantai ini terletak di dalam gaung yang terbentuk akibat daripada impak letupan bom pada satu ketika.


Berenang di sini agak berbahaya disebabkan oleh adanya batu dan juga ombak yang amat kuat tetapi ia sememangnya satu tempat yang amat cantik untuk santai-santai dan relaks kan minda kita. Malah, pengunjung juga boleh melihat ikan paus di sini dan ia semestinya pengalaman yang terindah dan amat berbaloi.

@Jackie San


4# GREENFIELD BEACH - AUSTRALIA

Greenfield Beach letaknya hanya beberapa jam dari Bondi Beach yang sangat popular di Bandar Sydney, Australia. Tetapi pantai ini juga masih tetap dikenali sehampir dengan popularity Hyams Beach. Namun, tidak ramai yang tahu tentang kewujudan pantai Greenfield ini.

 

Jika berkunjung ke Pantai Greenfield Beach ini, pastikan kita membawa cermin mata hitam kerana pantai ini sangat putih sehingga menyilaukan mata kita. Untuk tujuan ke pantai tersebut, kita akan mulakan perjalanan untuk melalui hutan pokok eukaliptus dan tiba-tiba akan muncul di pantai yang serba memutih ini. Ia satu pengalaman yang begitu menakjubkan. 

 

@ Jackie San

5# PRAIA DA SALEMA - PORTUGAL

Bahagian barat Algarve tidak terbentuk sepantas bahagian persisiran selatan Portugal. Namun, itu sesuaty yang amat baik. Di sini, tersimpannya satu permata pra sejarah yang amat unik sekali.

 

Sangat indah untuk diceritakan, bukan sahaja disebabkan oleh rupa pantainya yang serba putih dan juga warna air laut yang membiru, tetapi juga disebabkan oleh jejas kaki dinasour yang dikatakan masih ada di permukaan batu kapur di sini. Ada banyak aktiviti menarik yang boleh kita kunjungi dan lakukan di sini selain daripada aktiviti mandi-manda ataupun santai-santai lepak di tepian pantai di bawah sinaran cahaya matahari.

 

@ Jackie San


6# CALA GONONE -  SARDINIE

 Antara perkara paling sukar untuk dilakukan ketika mencari pantai tercantik di Sardine ialah untuk mencari pantai yang tidak akan menelan belanja yang begitu besar. Maka, dengan itulah Pantai Cala Gonone tawarkan kepada semua pengunjung.


Ini agak luar biasa kerana pantai ini terletak di kejiranan yang mewah dan juga mahal. Pantai Cala Gonore mempunyai pasir pantai yang memutih dengan batu-batu kecil yang begitu menarik. Ia amat sepadan dengan warna air laut yang membiru dan juga tenang, sesuai untuk semua aktiviti seperti berenang, snorkeling. Pengunjung juga boleh menjalankan aktiviti menerokai gua yang ada berdekatan di pantai tersebut.

@ Jackie San


7# SUNJ - CROATIA

Mencari pantai yang mempunyai pasir agak sukar untuk dilakukan di Bandar Croatia kerana kebanyakan pantai di sini hanyalah berbatu. Nasib baiklah ada Sunj, iaitu salah satu pantai yang berpasir yang ada di Bandar Croatia. Ia selamat untuk aktiviti berenang kerana airnya tidaklah begitu dalam. Ada pelbagai aktiviti pantai yang ada di Sunj dan pengunjung sudah pasti tidak akan berasa bosan. Mereka yang sukakan aktiviti hiking pula bolehlah menerokai kehijauan hutan yang mengelilingi pantai tersebut.

 

@ Jackie San


8# RAMLA I - HAMZA GOCO - MALTA

Pepasir pantai yang berwarna sedikit keperangan merupakan keunikan pantai ini. Apabila ia bergabung dengan bunyi deruan ombak laut yang membiru, ia memberikan pemandangan yang begitu menakjubkan.

 

Air laut di sini merupakan antara air yang paling jernih di kawasan Mediterranean. Jadi, jangan kita sebagai pengunjung terlepas untuk snorkel dan juga menikmati pemandangan bawah laut. Kawasan ini mungkin kekurangan kemudahan tandas dan juga tempat mandi, tetapi pemandangannya akan membuatkan ia berbaloi untuk kita lawati.

 

@ Jackie San


9# PRAIA DA FORTALEZA - BRAZIL

Pantai yang terpencil ini letaknya di pulau yang tiada satu pun kenderaan. Mungkin agak sukar untuk datang ke sini, tetapi ianya amat berbaloi walaupun ada sedikit cabaran pengangkutan. Pemandangan pantai ini membuatkan berbaloinya ianya dikunjungi.

 

Lihat sahaja pemandangan dan nikmatilah pemandangan yang jauh saujana memandang. Pantai ini sesuai untuk kepelbagaian aktiviti seperti surfing, berenang dan juga semestinya khas kepada pengemas aktiviti hiking. Malah terdapat juga kubu laut yang terletak tidak jauh sekiranya ada yang berminat untuk berjalan kaki dan juga menerokai sekitar pantai ini.

 

@ Jackie San


10# AMANOHASHIDATE - JEPUN

 Bandar Kyoto adalah merupakan sebuah bandar yang mempunyai banyak tokong suci. Dikatakan juga bahawa terdapatnya sebuah pantai di Kyoto yang menjadi jambatan penyambung ke syurga.

 

Terdapat tebing pasir sejauh dua batu yang dipenuhi dengan pokok nenas di sini. Pengunjung boleh melalui jalan yang sering dilalui pengunjung yang lain ataupun melencong dan menemui pantai terpencil dan menikmasti waktu sunyi kita di sini. Kita akan merasakan seperti pantai tersebut milik diri kita. Kedua-dua ini akan memberikan pemandangan dan pengalaman yang manis dan terindah kepada kita.

 

@ Jackie San


11# GRAZE BAY - KEPULAUAN TURK DAN CAICOS

Grace Bay dikatakan menjadi pantai terbaik menurut TripAdvisor. Ia mempunayi pantai yang sangat putih dan airnya berwarna sangat biru. Kedua-dua warna alam ini membentuk satu harmoni yang sempurna. Tempat ini boleh dijadikan tempat untuk mengecas kembali tenaga diri kita atas kesibukan selama ini dan penah lelah.

 

@ Jackie San


12# WHITEHAVEN BEACH - AUSTRALIA

Pantai ini adalah sebahagian daripada The Great Barrier Reef. Whitehaven Beach mempunyai pasir yang begitu lembut dan putih serta dikelilingi oleh hutan yang hijau memukau.


Di sesetengah bahagian pantai ini, ia bagaikan belum pernah disentuh oleh manusia. Ia seolah-olah tidak pernah melihat seorang manusia pun menerokainya. Ia hanya boleh diakses melalui helikopter, bot ataupun kapal terbang. Pengunjung akan merasakan seolah-olah kembali ke masa lalu ketika berada di pantai ini.

@ Jackie San

 

 >>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/viral-jom-kenali-apa-itu-buah-dabai.html 

 https://www.jacknjillscute.com/2020/11/viral-terkini-sah-pegawai-tertinggi.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/05/anak-ahli-parlimen-mendapat-layanan.html 



@ Jackie San

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/mesyuarat-mkt-umno-tiada-keperluan-bagi.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/khianat-bakar-34-motosikal-bukit-jalil.html

    ReplyDelete

Featured post

Kemalangan Terok Di Petra Jaya Kuching 09 Jun 2022

   https://youtu.be/Hk0pbUPfJlM >>>BANYAK LAGI VIDEO DI SINI<<<