Thursday, 14 July 2022

Mesyuarat MKT UMNO Tiada Keperluan Bagi Ismail

Mesyuarat MKT UMNO Tiada Keperluan Bagi Ismail

 


PETALING JAYA, KUALA LUMPUR:Ketidakhadiran Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob dalam Mesyuarat Tertinggi bagi Majlis Tertinggi (MKT) UMNO pada 25 Jun 2022 (Sabtu) telah menimbulkan banyak tanda tanya kerana beliau masih berada dalam negara dan bukannya berada di luar.

 

Menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Harian China Press, sumber parti turut mengesahkan ketidakhadirannya tetapi enggan memberikan sebarang alasan.

 

" Memang benar Ismail Sabri Yaakob tidak menghadiri mesyuarat itu dan kami masih berusaha untuk mengetahui apa puncanya. Mesyuarat itu turut membincangkan beberapa perkara yang amat penting, termasuklah bagi pilihan raya umum yang netizen war-warkan dan heboh akan datang tidak lama lagi.

 

" Terdapat juga beberapa spekulasi bahawa ketidakhadiran PM ke Mesyuarat tersebut untuk mengelak tekanan daripada mengadakan pilihan raya secara mengejut.

 

" Apa pun, ketidakhadirannya tidak akan menjejaskan keputusan yang diambil oleh Majlis Kerja Tertinggi. Kami hanya boleh menyampaikannya kepadanya nanti," kata sumber itu kepada China Press.

 

Turut dilaporkan, penyingkiran Tajuddin Abdul Rahman, yang sealiran dengan Ismail Sabri Yaakob, daripada Majlis Kerja Tertinggi UMNO baru-baru ini, juga menjadi spekulasi sebagai punca PM Malaysia tidak menghadirkan diri ke mesyuarat tersebut.

 

Parti itu melantik bekas ketua penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil bagi menggantikan Tajuddin.

 

Beberapa pemimpin parti turut berkata bahawa ketiadaan Ismail boleh dilihat sebagai dia membut pendirian berhubung urusan Tajuddin, dan boleh ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa ' Perang Sudah Bermula '

 

Ismail memilih untuk menhadiri sesi dalam talian dialog antarabangsa mengenai pembangunan global pada 25 Jun 2022 (Sabtu) yang dipengerusikan oleh Presiden China Xi Jinping. Sumber parti berkata Ismail boleh menyerahkan tugas itu kepada menteri kanannya.

 

" Beliau memberi keutamaan kepada dialog dalam talian daripada menghadiri mesyuarat badan politik paling berkuasa di negara ini. Ini lebih banyak membicarakan tentang apa yang akan berlaku," kata satu sumber.

 

>>>BACA BANYAK ARTIKEL DI SINI<<<

 https://www.jacknjillscute.com/2022/06/isu-salah-faham-tidak-timbul-netizen.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/johor-bahru-bertekad-keluar-dari.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/06/wait-for-right-time-to-call-ge15-as.html 

 


@ Jackie San 

3 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/iraq-hadapi-gelombang-baharu-covid-19.html

    ReplyDelete
  2. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/mengedar-1346-gram-methamphetamine-3.html

    ReplyDelete
  3. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/jatuh-pada-ketimggian-27-meter-punca-2.html

    ReplyDelete

Featured post

PERIKATAN SUBMITTED MORE THAN 112 SDS TO PALACE : GE15

PERIKATAN SUBMITTED MORE THAN 112 SDS TO PALACE : GE15   @Jackie San PETALING JAYA, SELANGOR: Perikatan Nasional has submitted statutory dec...