2022年7月22日金曜日

WANITA HINA AGAMA ISLAM - KELAB KOMEDI

WANITA HINA AGAMA ISLAM - KELAB KOMEDI

@Jackie San

 

KUALA LUMPUR, MALAYSIA:Polis sedang membuka kertas siasatan bagi menyiasat penularan video menunjukkan seorang wanita telah menghina agama Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, di Kuala Lumpur.


Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan bahawa, siasatan berhubung kes berkenaa dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Kuala Lumpur.


" Kertas Siasatan sudah pun dibuka mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni.

 

" Selain itu, kertas siasatan juga turut dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, " katanya dalam satu kenyataan pada 09 Julai 2022.

 

Menurutnya lagi, orang ramai diminta untuk tidak memainkan sebarang isu yang boleh menyentuh sensitiviti perkauman dan juga keagamaan dalam kalangan masyarakat Malaysia.

 

" Polis akan mengambil tindakan tegas sebagaimana diperuntukkan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga menjejaskan ketenteraman awam dan juga keselamatan negara," katanya.

 

Terdahulu telah tular sebuah video berdurasi 54 saat menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan dalam satu majlis di sebuah kelab malam di TTDI, di sini.

 

Dalam video yang tular tersebut, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk Al-Quran sebelum secara tiba-tiba dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan auratnya.

 

Sebelum ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) turut menyiasat video tular seorang wanita dipercayai menghina Kesucian Islam itu.

 

>>>BACA ARTIKEL DI SINI<<<

 https://www.jacknjillscute.com/2022/07/jatuh-pada-ketimggian-27-meter-punca-2.html

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/penyakit-misteri-menyerang-tanaman.html 

https://www.jacknjillscute.com/2022/07/mengedar-1346-gram-methamphetamine-3.html 

 


@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/07/nur-izzuddin-dan-goh-sze-fei-dikalahkan.html

    返信削除

Featured post

KAGOSHIMA CITY AQUARIUM

   https://youtu.be/SMoaLhP-O2M?si=X8-2xlz4_dtSwgvI >>> MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE <<<