2022年7月1日金曜日

PENYAKIT MISTERI MENYERANG TANAMAN MOUSANG KING - KELANTAN

PENYAKIT MISTERI MENYERANG TANAMAN MOUSANG KING - KELANTAN

 


KOTA BHARU, KELANTAN : Jabatan Pertanian Negeri Kelantan telah berusaha mengambil sampel durian Mousang King yang dilaporkan baru-baru ini diserang penyakit misteri sehingga telah menyebabkan buah menjadi busuk dan juga mengandungi ulat. Sampel durian isi durian Mousang King telah dihantar ke makmal bagi tujuan analisis.


Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Kelantan, Norbahani Zakaria memaklumkan, keputusan ujian berkenaan akan diberitahu segera sebaik punca dapat dikenal pasti, selain membolehkan pihaknya menasihatkan cara terbaik yang boleh dilakukan bagi membantu petani dan penanam yang mengalami kerugian dan masalah terbabit.


Selain itu, katanya lagi tinjauan dan juga pengamatan pada peringkat awal mendapati situasi berkenaan berlaku akibat daripada kelembapan ladang tanaman yang tinggi disebabkan hujan berpanjangan bermula pada Bulan Februari 2022 yang lalu.

 

" Saya sendiri bersama pegawai Biosekuriti Tumbuhan Negeri Kelantan dengan kadar segera turun padang untuk melihat sendiri keadaan sebenar yang terjadi pada tanaman pengusaha durian Mousang King selain turut mengambil tindakan yang sepatutnya buat masa ini.

 

" Selain itu juga, siasatan awal terhadap beberapa pekebun dan juga kebun yang dilawati mendapati kadar atau peratus kerosakan adalah berbeza bergantung kepada keadaan kebun dan pengurusan kebun petani," jelasnya dalam satu kenyataan media pada 26 Jun 2022 (Ahad).

 

Norbahani turut memaklumkan bahawa, pihaknya akan cuba membantu sebaik yang mungkin untuk mengkaji punca sebenar yang menyebabkan keadaan sebegini berlaku serta mengharapkan kerjasama baik daripada pengusaha tanaman durian Mousang King bagi menyelesaikan masalah terbabit.

 

Pada 25 Jun 2022 (Sabtu), akhbar telah melaporkan hampir 100 pengusaha durian Mousang King di Tanah Merah dan juga Jeli mengalami kerugian lebih RM 1 juta apabila buah di kebun mereka mengalami kerosakan akibat penyakit misteri.

 

Tinjauan ke beberapa kebun durian di daerah berkenaan mendapati majoriti pengusaha mengeluh selain menunjukkan bukti durian yang menjadi buruk serta berulat sekali gus mengganggu rasa dan juga kualiti raja buah terbabit.

 

Pengusaha durian mendakwa satu pokok yang sebelum ini boleh menghasilkan buah hampir 500 biji durian untuk satu-satu musim, kini hanya mampu menghasilkan beberapa biji sahaja buah yang sempurna bagi tujuan dipasarkan.

 

>>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2022/03/rm-25-k-barang-kemas-warga-emas-disamun.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/09/kanak-kanak-dibiarkan-minum-air-lumpur.html 

https://www.jacknjillscute.com/2021/10/kilang-fusuk-penuh-najis-tikus.html 

 


@ Jackie San

 

 



0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

ISHIBA SAYS JAPAN WILL PREPARE FOR 'ANY DEVELOPMENT' OVER TAIWAN - TOKYO JAPAN

ISHIBA SAYS JAPAN WILL PREPARE FOR 'ANY DEVELOPMENT' OVER TAIWAN - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO Japan will prepare for &...