2022年8月6日土曜日

MUHAMMAD AZEEM GAGAL MENYUMBANG PINGAT DI CALI ACARA 100M

MUHAMMAD AZEEM GAGAL MENYUMBANG PINGAT DI CALI ACARA 100M
 
@Jackie San



HASRAT PEMINAT SUKAN NEGARA untuk menyaksikan pelari pecut muda negara iaitu Muhammad Azeem Fahmi melakarkan sejarah dan kejayaan pada aksi final 100 meter (m) pada Kejohanan Remaja Dunia 2022, tidka kesampaian apabila atlet berusia 18 tahun itu menamatkan acara berkenaan di kedudukan kelima pada 03 Ogos 2022 (Rabu).

Acara saringan dengan catatan 10.09 saat menjadi pujian ramai serta amaran bahawa Muhammad Azeem Fahmi mungkin boleh mengegarkan dunia dengan catatan rekod baru kejohanan. Tetapi ianya gagal dibuktikan.

Setelah memenangi acara saringan dengan catatan tersebut (10.09 saat) pada awal pagi Selasa, 02 Ogos 2022 dan juga menamatkan saringan separuh akhir pada kedudukan kedua dengan catatan baik iaitu 10.19 saat (s) sebelum itu, atlet yang lahir di Ipoh Perak tersebut dilihat berpeluang untuk membuktikan kepada dunia untuk memberikan cabaran positif dan membuktikan catatan baru bakal dihasilkan di pentas final.

Bagaimanapun, setelah dilihat dengan aksi mencuba dari Muhammad Azeem Fahmi untuk memberikan saingan pada peringkat awal perlumbaan, pelari pecut muda negara itu akhirnya menamatkan perlumbaan pada kedudukan kelima dengan catatan masa 10.14 saat (s) yang sekali gus memperbaiki catatan yang dilakukannya pada peringkat separuh akhir sebelum itu.

Dalam acara 100 meter (m) tersebut, seperti ramalan awal, acara tersebut telah dimenangi atlet Botswana, Letsile Tebogo dengan catatan masa 9.91s (saat) yang juga merupakan rekod baharu kejohanan berkenaan.

Atlet Jamaica, Bouwahjgie Nkrumie memenangi tempat ke-2 dengan catatan terbaik beliau 10.02 saat (s) manakala tempat ke-3 dimenangi oleh atlet Afrika Selatan, Benjamin Richardson yang melakukan 10.12 saat (s).

Manakala tempat ke-4 menjadi milik atlet sensasi Thailand iaitu Puripol Boonson dengan catatan 10.12s.

Untuk rekod, Muhammad Azeem Fahmi mencipta sensasi tersendiri pada Selasa, 02 Ogos 2022 apabila memenangi acara saingan dengan catatan terbaik beliau dan juga memperbaiki catatan Khairul Hafiz Jantan yang berjaya dimusnahkan iaitu rekod baru Malaysia bagi acara pecut 100 meter (m) dengan catatan 10.09 saat (s). Bagi Khairul Hafiz Jantan, 10.18 saat (s) dimusnahkan serta merta rekod tersebut yang dicatatkan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA), Sarawak Tahun 2016.
 
>>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI<<< 
 

 


@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2022/08/hamzah-menteri-bodoh-goblok-hanipa.html

    返信削除

Featured post

The Saga International Balloon Fiesta 2024

   https://youtu.be/L8vJq2i2O7U?si=RTlcfXnFy6Q1P9TN >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<