VIRAL ZARA QAIRINA KES TERKINI:PROSIDING PENGURUSAN KES 5 REMAJA PEMBUNUH, INKUES BERLANGSUNG SERENTAK PADA HARI INI - KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA
KOTA KINABALU - Prosiding pengurusan kes membabitkan lima remaja yang didakwa berhubung kematian Zara Qairina Mahathir berlangsung pada Khamis, serentak dengan prosiding inkues bagi kematian remaja berusia 13 tahun itu.
Difahamkan, prosiding pengurusan kes lima remaja berkenaan akan dijalankan terlebih dahulu sebelum inkues yang memasuki hari ke-14 diteruskan.
Dalam sidang akhbar pada Rabu, peguam mewakili ibu Zara Qairina, Rizwandean M Borhan berkata, prosiding inkues akan disambung selepas pengurusan kes pertuduhan lima remaja selesai.
"Kami pihak pemerhati untuk kes ini dan kami dapat tahu ada pengurusan kes esok mungkin salah seorang daripada pasukan kami akan hadir sebagai pemerhati.
"Sebab peguam mereka terlibat di sana jadi kalau saya tidak silap, prosiding pengurusan kes akan diselesaikan dahulu barulah inkues bermula," katanya.
Sebelum itu, dalam pendakwaan 20 Ogos lalu, lima remaja tersebut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela dan menggunakan kata-kata kesat terhadap Allahyarhamah Zara Qairina.
>>>BANYAK LAGI ARTIKEL DI SINI HANYA KLIK & BACA>>>
https://www.jacknjillscute.com/2025/09/2-new-key-findings-experts-revealed-at.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/saksi-dedah-wujud-geng-circle-19.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/09/inkues-kematian-adik-zara-qairina.html
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/japan-mulls-joining-european-coalition.html
@Jr_Paku Midin Channel
https://www.jacknjillscute.com/2025/10/tokyo-government-planning-to-ban.html
返信削除https://www.jacknjillscute.com/2025/10/student-witnesses-says-no-one-dared.html
返信削除