2025年11月27日木曜日

ZARA QAIRINA INKUES - HANYA TAHU HASIL SIASATAN DALAMAN KES ZARA SECARA LISAN SELEPAS LEBIH 3 HARI KATA PENGETUA - KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA

ZARA QAIRINA INKUES - HANYA TAHU HASIL SIASATAN DALAMAN KES ZARA SECARA LISAN SELEPAS LEBIH 3 HARI KATA PENGETUA - KOTA KINABALU SABAH MALAYSIA   

@Jr_Paku Midin Channel


KOTA KINABALU - Hasil siasatan dalaman berhubung insiden yang menimpa Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir hanya dimaklumkan secara lisan kepada pengetua sekolah selepas lebih tiga hari kejadian berlaku.


Shaharoom Hashim, 51, yang merupakan saksi ke-47, memberitahu Mahkamah Koroner bahawa dalam tempoh dua hari beliau berada di hospital, beliau turut terbabit menguruskan kunjungan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta memberi keterangan kepada polis.


Dalam prosiding itu, peguam Shahlan Jufri bertanya kepada saksi adakah beliau mengadakan mesyuarat dengan guru dan pihak pentadbiran sekolah selepas kejadian menimpa Zara Qairina.


"Itu yang saya nyatakan sebelum ini bahawa perjumpaan pada pagi 17 Julai untuk menyelaraskan prosedur operasi standard (SOP).


"(Pertemuan) tidak lama, tidak lebih sejam sebab lepas itu kami dikunjungi oleh PPD yang ingin mendapatkan fakta tentang kes," katanya selain turut memaklumkan bahawa pertemuan itu dihadiri semua warden dan pihak pentadbir sekolah.


Shaharoom berkata demikian ketika memberi keterangannya di Hakim Koroner, Amir Shah Amir Hassan di sini pada Selasa.


Ditanya lanjut, apa perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut, beliau memberitahu ia adalah untuk menyelaraskan laporan mengenai kejadian tersebut.


"Maksudnya, krononologi bagaimana kes itu bermula, dari ditemui pelajar itu di atas lantai kemudian kami hantar ke Queen (Hospital Queen Elizabeth) hubungi pihak waris, kepada apa, siapa, di mana, begitulah makluman awal kepada PPD dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)," katanya.


Namun beliau memaklumkan dalam mesyuarat itu tidak dibincangkan mengenai apa yang berlaku pada malam sebelum Zara Qairina ditemui di aras bawah bangunan asrama pada 16 Julai lalu.


"Tiada... itu masih dalam siasatan dalaman. Siasatan dalaman pada 16 Julai oleh unit disiplin dan Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) yang dianggotai beberapa guru," katanya.


Ditanya adakah saksi tahu siapa yang mengarahkan siasatan dalaman dibuat dan bagaimana ia dijalankan serta pemakluman kepadanya, beliau memaklumkan bahawa tidak pasti mengenainya.


"Saya tidak pasti, tiada (pemakluman) kerana saya berada di hospital pada 16 dan 17 Julai. (Hanya tahu hasil siasatan dalaman) setelah lebih tiga hari.


"Secara lisan, pihak disiplin maklumkan pada malam 15 Julai, ada perjumpaan antara senior dengan Zara dan ahli dorm.


"(Perjumpaan) tentang barang yang dicuri...mereka bertanya kepada Zara untuk kepastian. Saya tidak tahu secara terperinci sebab laporan yang diberikan oleh unit disiplin ialah perjumpaan berkisar tentang kecurian," jelasnya.


Ditanya lanjut berdasarkan keterangan saksi dilihat seperti tidak sepenuh hati untuk mengetahui apa yang berlaku pada malam sebelum kejadian atau hasil laporan siasatan dalaman, beliau menafikannya.


"Tidak boleh katakan tidak sepenuh hati sebab selepas insiden itu berlaku, saya kena hantar banyak laporan kepada PPD, saya juga lebih kepada pentadbiran dan kami menerima banyak kunjungan daripada KKM untuk program di dalam sekolah jadi saya lebih banyak ke arah itu, menyelaras program seperti trauma pelajar," katanya.


Diminta menjelaskan apa halangannya untuk beliau tidak meminta salinan hasil laporan daripada guru yang membuat siasatan dalaman, saksi menjelaskan ia bukan dikategorikan sebagai halangan.


"Saya tidak kategorikan itu satu halangan, sebab sebagai pengetua saya ingin tahu apa kejadian sebenarnya. Tetapi selepas insiden itu, terlalu banyak program daripada KKM yang memerlukan saya untuk mesyuarat, (begitu juga) JPN. Jadi saya sebagai wakil sekolah lebih kepada menyelaras program," jelasnya.


Sebelum itu, Shahlan bersama rakan sepasukannya, Rizwandean M Borhan, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Farrah Nasser dan Elhanan Jame hadir sebagai pihak berkepentingan dalam inkues ini bagi mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat.


Allahyarham Zara Qairina ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama sekolahnya pada awal pagi 16 Julai lalu sebelum meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) pada keesokan harinya.

>>>BANYAK ARTIKEL HANYA KLIK DAN BACA DI SINI<<<

https://www.jacknjillscute.com/2025/10/viral-terkini-pelajar-perempuan-16.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/11/viral-kes-allahyarham-zayn-rayyan-abdul.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/10/viral-inkues-zara-qairina-terkini.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/11/viral-ismanira-dihukum-penjara-5-tahun.html





@Jr_Paku Midin Channel

3 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2025/11/18-year-old-boy-arrested-for-punching.html

    返信削除
  2. https://www.jacknjillscute.com/2025/11/no-of-legal-foreign-residents-in-japan.html

    返信削除
  3. https://www.jacknjillscute.com/2025/11/viral-niigata-280000-chickens-to-be.html

    返信削除

Featured post

PART 3 KUMAMOTO MASTER JAPAN 2025

   https://youtu.be/0ZOegqC31rg?si=ZmvNEZKXiOf14S9F >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCHING HERE<<<