2026年3月6日金曜日

SIAPAKAH LUNA? POLIS KENAL PASTI LOKASI DIPERCAYAI KETUA SINDIKET DADAH

SIAPAKAH LUNA? POLIS KENAL PASTI LOKASI DIPERCAYAI KETUA SINDIKET DADAH 

@Jr_Paku Midin Channel


TUMPAT - Polis Kelantan sudah mengenal pasti lokasi seorang wanita berusia 30-an yang dikenali sebagai Luna dan dipercayai bertindak sebagai ketua sindiket penyeludupan dadah susulan rampasan bunga ganja di Kuala Krai pada 11 Januari lalu.


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perkara itu adalah hasil kerjasama erat pihaknya dengan Polis Thailand dalam mengesan wanita berkenaan.


"Ketika ini, kita sedang menunggu keputusan dari negara jiran. Polis Kelantan masih bekerjasama dengan Polis Thailand untuk mendapatkannya (Luna) dan membawanya ke Malaysia bagi siasatan lanjut dan sebagainya.


"Insya-ALLAH dalam masa terdekat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kesedaran dan Keselamatan Jalan Raya sempena Op Selamat 25 Tahun Baharu Cina di Pasir Pekan di sini pada Ahad.


Sinar Harian sebelum ini melaporkan Polis Kelantan tidak menolak kemungkinan wanita berusia 30-an dikenali sebagai Luna yang dipercayai bertindak sebagai ketua sindiket penyeludupan dadah susulan rampasan bunga ganja di Kuala Krai pada 11 Januari lalu mempunyai dua kerakyatan.


Menurut Mohd Yusoff, setakat ini pihaknya belum menerima sebarang perkembangan daripada pihak berkuasa di negara jiran berhubung wanita terbabit.

>>>MORE ARTICLE JUST CLICK AND READ<<<

https://www.jacknjillscute.com/2025/12/man-dies-after-getting-into-difficulty.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/12/maybe-teacher-hints-at-link-between.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/12/protesters-in-pikachu-costumes-demand.html

https://www.jacknjillscute.com/2025/12/aichi-town-using-resident-for-being.html



 @Jr_Paku Midin Channel

0 件のコメント:

コメントを投稿

Featured post

SIAPAKAH LUNA? POLIS KENAL PASTI LOKASI DIPERCAYAI KETUA SINDIKET DADAH

SIAPAKAH LUNA? POLIS KENAL PASTI LOKASI DIPERCAYAI KETUA SINDIKET DADAH  @Jr_Paku Midin Channel TUMPAT - Polis Kelantan sudah mengenal past...