2018年7月19日木曜日

7 Cara mudah buat duit dari rumah !

" Buat Duit Cepat "
Mudah Jika Gigih & Semestinya YakiN!!!


Assalam dan Salam Sejahtera semua,
Nukilan ni sebenarnya nak share lah lebih kurang idea dan tips menjana pendapatan Wang Ringgit dengan mudah. Nukilan ni tidak lah seratus peratus (100%) betul tapi cuba dulu baru komen. Apa macam??? Berani cuba ker?

Dipendekkan cerita kan,
Zaman sekarang ni semua perlukan duit! 
Betul tak?...
Nak keluar makan = $
Nak g Shopping = $
Nak Bawa awek keluar = $
Nak Kawin = $
Nak Travel Pusing Dunia = $

Semua perlu Duit uolsss
Kalo Ko Tak Da Duit = Tepuk Dada...Sendiri la Tau Jawapannya!

Kat sini aku kongsikan serba sedikit kaedah mudah cari dan buat duit. 
Amat mudah dan perlu punyai keyakinan yang tinggi!!!


Kaedah :
1. Juru photo sambilan
2. Travel - lihat dunia
3. Pelaburan 
4. Mata Wang Asing
5. Kumpul Aset
6. Minat yang ada serlahkan
7. Blog


Ya itulah kaedah mudah dan senang menjana pendapatan dan wang ringgit.
Kaedah ni aku dah lama buat dan Alhamdulillah syukur bebanyak. Berbaloi!!!

Bak Kata Pepatah 
"Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Memang Lah Tak Boleh"


Perinciannya Study sikit yer :
1. Juru photo sambilan
Pasti anda semua terpikir nak jadi juru photo ni mesti ada gadjet/peralatan "Kamera" canggih2x kan.
Tidak semestinya...Tak payah ada DSLR - Nikon ker, Cannon ker ataupun mcm2x jenis kamera lain...x yah itu semua.

Sekarang ni ramai yang bersosial melalui gadjet nya. Nak Tahu apa? Tu tengok kiri kanan anda..semua ada handset kan. Dan harga tidak semahal DSLR kamera. Betul tak???

Dengan bantuan mengambil gambar melalui telefon bimbit kita, lepas tu edit dekat Insta/ Ig paling senang...ataupun just share jer pic yang diambil tu ke Media sosial (sertakan @jackie photograpy -contohnya) kita boleh mendapat duit).

Haha..
sebelum kita share pic yang kita ambil tu ..

JANGAN LUPA TAU
a). letak caption @jackie photography (nama kita)
b). butiran penghantar - nama, no telefon ataupun emails
c). Nota ringkas mengenai pic
d). Share ke ....- Contest, Nikon Club, Insta, FB dll
e). Tunggu feedback - jika berjaya "pasti ada yang menghantar maklumbalas pic anda telah dipilih untuk menerima habuan sebanyak atau memenangi hadiah... (Selamat mencuba ya).

Kiranya ada pertanyaan ataupun nak kongsikan maklumat...bolehlah emails terus kepada saya emails: jackjillscute@gmail.com ataupun layari blog/web: www.jacknjillscute.com.
 
2. Travel - lihat dunia
Pasti anda semua terpikir dengar jer perkataan travel pasti terlintas cepat ...
"Nak travel pasti perlukan duit banyak kan".
Tak lah wei...
Anda nak tahu!!!
Saya seawal 11 Tahun dah travel secara 'SOLO'.
Tak caya ka???

Bagaimana caranya yer?
Tak perlu duit banyak.
Tak perlu takut.
Yang penting ada matlamat dan niat yang betul Insya Allah Tuhan Makbulkan doa kita.


Haha senang ko cakap.

Cara mudah untuk melihat dunia adalah;
a). Masih study lagi ni
b). Kumpul duit sedikit demi sedikit
c). Rancang dalam setahun (berapa negara ko nak pergi?)
d). Ada Matlamat
e). dll

Cara Saya;
a). Kumpul duit dan Menabung/Menyimpan
saya ni masih belajar. Jadi saya amalkan dan pasang impian dengan kaedah;
- setiap 6 bulan Biasiswa akan masuk.
- sebagai contoh RM 3,000.00 (Biasiswa) - Pecahkan kepada 2 bahagian
                                                          - RM 1,500 (Belanja dan Sewa Asrama)
                                                          - RM 500 (Simpan di ASB)
- Saya turut amalkan - lebihan syiling akan disimpan/tabung
                               - dalam tempoh 6 bulan/semester RM 200-300.00 (ASB)
*Saya amalkan /disiplinkan diri dari zaman sekolah rendah lagi tau. 
Jika tak percaya atau
ada pertanyaan lanjut bolehlah kunjungi dan tinggalkan emails ke: jackjillscute@gmail.com
website/blog: www.jacknjillscute.com

3. Pelaburan

Pasti anda semua terpikir kaedah ni bagaimana pula yer???
hehe...
Sekiranya tuan/puan pernah membaca buku berkenaan Jutawan Segera ataupun pernah terbaca kebanyakkan jutawan di dunia ni Untuk menjadi Jutawan Kaya Raya adalah melalui
 ' PELABURAN '. 

Tiada yang lahir terus jadi KAYA!!! Kecuali lah dari keluarga yang kaya raya ataupun bidan terjun..Itu pun Kalo TErjamin la.
Pelaburan ni memerlukan keyakinan, tekun serta sabar.
Hasilnya bukan hari ni melabur, esok terus ko KAYA!!!
Tidak sama sekali.
Paling koman kata mat salleh...
Tahun 2013 ko melabur = Hasil nya Tahun 2018 (contoh)
Banyak kaedah atau teknik pelaburan!!!
Yang paling senang diamalkan adalah;
a). Menyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB)
b). Pelaburan Beli Emas 999.9 (purity)
c). Pelaburan Beli Dinar
d). Hartanah
e). Rumah/bangunan
f). Dll
*Secara jujurnya, saya masih belajar ba,
Jadi saya amalkan items (a,b,c dan e).

Tahu Bagaimana saya buat ???
Simpanan di ASB 
- Setiap semester (biasiswa masuk) - pecahkan duit biasiswa 
   - dua bahagian (Belanja dan Menyimpan di ASB)

Pelaburan Beli Emas 999.9 (purity) dan dinar
- Tahun 2013 Emas 999.9 untuk 10 gm = RM 1,250.00++
- Tahun 2018 Emas 999.9 untuk 10 gm = RM 1,750.00
*Maka, hasil pelaburan yang akan dapat = RM 500.00
Ini adalah hasil bagi 10 gm / seketul emas 999.9 (purity) yang ada.
Sekiranya dalam tempoh lebih kurang 5 tahun (2013-2018) anda mempunyai 10 ketul???
Hasil nya????
Mestilah akan menjadi = RM 5,000.00 (anggaran kasar).

*Jadi Tepuk la dada Tanya Hasil di Kepala Anda!

Beli Rumah/bangunan
- Nilai rumah yang saya beli sebagai contoh (Tahun 2013)
    - Tahun 2013 = RM 250,000.00
    - Tahun 2018 = RM 600 - 750,000.00
*Kau Tak Percaya kan...Haha..
Hanya Aku Yang Tahu!!!
woke ya...sekiranya memerlukan sebarang maklumat ataupun ingin berkongsi pandangan atau pendapat bolehlah emails kepada saya : jackjillscute@gmail.com ataupun melalui layar web/blog :www.jacknjillscute.com


4. Mata Wang Asing

Yer...Ini kaedah menarik menjana pendapatan.

5. Kumpul Aset
Kaedah seterusnya agak menarik jugak.
Ianya bukan sekadar nukilan, tetapi telah diperkatakan dari banyak buku serta pembacaan dari Blogger yang lain.
Di antara kaedah menjana pendapatan adalah dengan kaedah mengumpul aset.
Al maklumlah, nak beli aset pun kena ada modal kan...
Jadi berusahalah untuk menyimpan wang serta korbankan wang ringgit untuk membeli aset!!!
Tapi Aset Apa yang Boleh Menguntungkan???
Nak tahu aset apa??

Ramai blogger serta dari pembacaan buku/majalah Jutawan Segera!!!
Menyarankan agar...Aset yang paling berharga adalah....
a). Rumah
b). Bangunan
c). Tanah
d). Sewa Beli
e). Rumah
f). Bangunan
g). Tanah
h). Sewa Beli
i). dll
Haahhahaha...
Sekarang Fahamkan....

Mengapa????
Aset rumah, bangunan dan tanah...jika dikumpul memang boleh jadi jutawan.
Sebagai contoh,
Beli Rumah Tahun 2013                        = RM 250,000.00 
       Harga Rumah (sama) Tahun 2018 = RM 600 - 750,000.00
* Percaya atau tidak????
Harga rumah tidak pernah akan turun!!! Meningkat dan Meningkat ada la...
Jadi Apa tunggu lagi...
Dari sebuah tanah/bangunan/tanah...
membuahkan hasil yang menguntungkan....
Pernah saya melancong ke satu destinasi...

"Seorang pemilik homestay mempunyai 3 buah pintu rumah untuk di sewa. Saya tanya selain homestay apa lagi pekerjaan tuan? 
Beliau menjawab tiada...saya hanya duduk rumah, tunggu pelanggan ingin menyewa bilik, terima bayaran...dan akhirnya sediakan keperluan yang diminta. Menguntungkan bukan!!!...Bahkan pemilik seorang bujang yang hidup senang".

Saya Tanya lagi...
Adakah perniagaan homestay tuan menguntungkan???
Jawapan beliau...Amat menguntungkan..Saya tidak letih kerana wang sentiasa bersama saya...Syukur Alhamdulillah .
Jika memerlukan maklumat lanjut serta ingin berkongsi pandangan ...bolehlah emails kepada saya di emails: jackjillscute@gmail.com ataupun di website/blog saya: www.jacknjillscute.com

6. Minat yang ada serlahkan

Kaedah seterusnya adalah diri anda sendiri.
Kita pasti tahu kelebihan serta minat diri kan???
Kenapa kita tidak serlahkan kebolehan kita?
Sebab jika tidak ditonjolkan maka kebolehan dan minat kita tiada siapa yang tahu!!!
Kebolehan dan minat yang ditonjolkan boleh memberikan pulangan pendapatan yang berbaloi sekiranya diketengahkan.
Saya amat tertarik dengan jurulatih saya serta rakan di Universiti dulu. Ramai di antara mereka walaupun keluarga tidak pernah menghantar wang sepanjang pengajian tetapi mereka masih lagi "happy, makan sedap bahkan sempat lagi berlibur- main bowling, karaoke serta wayang".
Bagaimana mereka membuat duit???
Kaedah yang diberikan amat ringkas. Dengan kebolehan yang ada mereka mendapat pendapatan sampingan. Sentiasa yakin, berusaha serta tawwakal...pasti penghujungnya ada kebahagiaan menjelma.




Jika memerlukan maklumat lanjut serta ingin berkongsi pandangan ...bolehlah emails kepada saya di emails: 

jackjillscute@gmail.com ataupun di website/blog saya: www.jacknjillscute.com


7. Blog
Seterusnya adalah dengan kaedah mudah menjana pendapatan.

Minat, kebolehan serta idea yang telah ditunjukkan di atas boleh dinukilkan ke dalam sesebuah "Blog". 
Tujuannya adalah berkongsi idea, pandangan serta maklumat agar ianya menjadi panduan kepada pembaca lain.

Sesungguhnya, BUKAN MUDAH UNTUK MENJANA PENDAPATAN SEKIRANYA TANPA ILMU, RAJIN BERUSAHA SERTA BERKONGSILAH PANDANGAN DENGAN MEREKA YANG MAHIR. HILANGKAN SIKAP DAN SIFAT MALU KITA!!!

MUSIM SENJA KIAN TIBA, BERTABAHLAH...BERUSAHALAH..AGAR SAMA2X MENCAPAI IMPIAN.

"SESUNGGUHNYA, YANG BAIK ITU DARI TUHAN YANG ESA, YANG KURANG ITU DARI DIRI INI SENDIRI".

jika tuan/puan yakin dengan kaedah saya menjana pendapatan saya selama ini, maka cubalah...
Tidak rugi kiranya kita mencuba.
Malah ianya tidak merugikan anda.
BAH!!!
JANGAN lUPA LAYARI bLOG sAYA yA.


Prinsip Hidup Saya

JANGAN SESEKALI :-

1. Malas
2. Takut Rugi
3. Tidur ja Kerja Kau
4. Tunggu
5. Tak Pa La Esok Bole
6. Berangan Lebih Tapi Habuk Pun Tarak
7. Ikut Kawan / Orang Lain
8. Tiada Prinsip Hidup
9. Tiada Disiplin
10.Suka Salahkan ORang Lain
11. Berserah Saja Tiada Usaha
12. Nekad Tunggu Durian Runtuh (Ko Pahamkan)
13. Mau Kaya Cepat
14. DLL 

Prinsip Aku:-

1. Niat
2. Yakin
3. Cuba Dulu Sikit, Ok Tambah Lagi
4. Target (30 Tahun Capai 500k )
5. Belajar Dari Kesilapan
6. Baca Dan Tanya Pendapat ORang Yang Berjaya
7. Kongsi Ilmu Dan Buat Sama
8. Lihat Dunia Walaupun Berseorangan
9. Ubah Hidup (Kita Dah Lama Susah)
10. Berani Kerana Benar
11. Tunjuk Kepada Keluarga Aku Mampu Buat
12. Beri Kesenangan Kepada Kedua Orang Tua
13. Tawakkal Kepada Tuhan


Ok ...
Selamat Mencuba...
Sekiranya ada pertanyaan lanjut boleh lah lawati blog / website ni.




@ Jackie San




2018年7月10日火曜日

Backpacker ke Luang Prabang & Vang Vieng, Laos

NEGARA KE - 27


LAOS 
( LUANG PRABANG & VANG VIENG ) 



Assalam dan Salam Sejahtera,


Salam Lebaran Maaf Zahir Batin (al maklum Bulan Syawal masih tinggal lebih kurang 3 hari saja lagi )...

Dipendekkan cerita,...

Negara Laos (Luang Prabang dan Vang Vieng) adalah Negara Ke 27 telah ku terokai secara solo uollllsss...Haha...
Rase nervous tu memang ada sebab bila review artikel/blog kawan yang dah ke Negara Laos ni agak mencabar jugak la ceritanya..Tapi Niat baik tu ada Maka Tawakkal jerla...Aamin.


Perjalanan / Aktiviti di Laos secara ringkasnya meliputi;


Luang Prabang, Laos;

1). Luang Prabang International Airport

2). Sunset Hunting di Sungai Mekong

3). Pasar Malam Luang Prabang

4). Jambatan Buluh (Bamboo Bridge - Crossing
 Nam Khan River)

5). Pasar Tani (Morning Market)

6). Phousi Mountain 

7). Morning Alms

8). Dara Market

9). Phosy Market

10). Pakej 1 hari (Slow Boat, Whisky Village, Elephant ride, Cave, Kuang si Waterfall)

11). National Museum 

12). National Library

13). Wat Ho Pha Bang (Royal Palace Museum)

14). Nisha Restaurant

15). Joys Friend Hostel, Luang Prabang, Laos


Vang vieng, Laos:

1). Nazim Guest House, Vang Vieng, Laos

2). Vang Vieng 1 day Tour (Kayakking, Zipline, Tubing cave, Blue Lagoon, Jump Point)

3). Pasar Malam Vang Vieng, Laos

4). Walking Street

5). Nazim Restaurant


24/06/2018 (Hari Pertama)


Untuk makluman semua, dengan budget sedikit ni, aku nak share lah idea, budget Ringgit serta kaedah nak bahagi masa serta peluang yang ada untuk pelbagai aktiviti dan destinasi....

Kos Penerbangan AA (Pergi-balik)termasuk makan minum = RM 221.90
Bekal duit USD = 250.00
Bekal duit RM = 800.00
Tukaran Duit RM- KIP = RM 100/1,903

Penerbangan Airasia dari Kuala Lumpur - Luang Prabang, International Airport (lebih kurang 3 jam). Seperti selalu menu wajib menggunakan perkhidmatan Airasia semestinya.."Nasi Lemak Pak Nassier" menu kegemaranku.

  
Tiba jer di balai ketibaan Luang Prabang, Laos haha...
aktiviti wajib adalah declare barang serta beratur panjang untuk cop Imigresen Laos. 
Disebabkan aku xda apa yang nak di declare (bawak diri jer)...
Senangla lepas imigresen ni.
Jadi tugas utama adalah tukar duit. Memandangkan hanya ada dua kaunter tukaran wang di Luang Prabang, Airport..dan nampaknya harga pun tak menentu. Maka aku mengambil keputusan untuk menukar RM 200.00 (RM100=1903 kip). 
Mata Wang KIP, Laos
Plan tukar sedikit jer kat Aiport dan nanti sampai di Bandar Luang Prabang, Laos tukar banyak sikit dan difahamkan dari Blog sebelum ni ada banyak kaunter tukaran wang di bandaraya.


Perjalanan dari Luang Prabang Airport ke Pusat Bandar tidaklah jauh lebih kurang dalam 10-15 minit. Dengan menaikki mini van harga standard (USD 6), van kongsi tau.... Kalo bijak sikit bayar guna Kip 50,000.


Sampai jer bandar Luang Prabang, minta diturunkan di lokasi pasar malam. Lokasi ni strategik. Xkan sesat punyer.
Masalah kat sini, penggunaan bahasa Inggeris kurang sikit, dan bolehla kalo rajin tanya kat kedai besar sikit mereka boleh berbahasa Inggeris.

Ronda2x sambil mencari hostel, maka untuk hari pertama ni aku menginap di Joys Friend Hostel.

Harga semalam bilik 100,000 Kip (Private Room)...Menarik biliknya (AC, Kipas, 2 katil dan ada bilik mandi). Nice...

 Lokasi Joy Friends Hostel ni memang di pusat bandar. Dalam lingkungan pasar malam, pasar tani (pagi), berdekatan dengan Sungai Mekong (jalan lebih kurang 5 minit) dan jugak lokasi menarik untuk ke mana2x.


Tapi ada jer dorm (katil 8 biji/kongsi pulak ngan 8 orang)..meriah pulak bilik tu nanti...(tak nak)..



25/06/2018 (Hari kedua)

                                                 

26/06/2018 (Hari Ketiga)
Hari kedua di Vang Vieng ni, aku telah mengambil pakej untuk aktiviti satu hari (kayak, zipline, tubing cave, jump point dan blue lagoon) dengan harga 210,000 Kip (RM 110.35).
Haha....Untuk pengetahuan dalam 40 orang yang turut serta dalam aktiviti seharian ni, hanya 5 orang termasuk aku yang bukan pelancong korea. ertinya kami ja yang macam asing la dalam team ni...
1 day Tour Vang Vieng, Laos

27/06/2018 (Hari Keempat)


Seawal jam 0900 pagi dari Vang Vieng dengan menaiki Mini Van ke Luang Prabang, Laos, perjalanan dianggarkan sekitar 4-5 jam. Dengan jalan yang berliku serta pemandangan indah (pergunungan) amat sejuk sekali. Nak dibandingkan cuaca di Luang Prabang (Panas) manakala Vang Vieng (Sejuk). Kos pengangkutan ni 100,000 Kip. 
Untuk menjimatkan wang ringgit, aku telah menempah awal/booking balik hostel yang sama iaitu Joy Friends Hostel untuk dua malam terakhir di Luang Prabang, Laos. Kadar selepas minta diskaun 92,000 Kip x 2 malam. Oklah tue lebih kurang RM 97.74/ 2 malam...


28/06/2018 (Hari Kelima)


Aktiviti di Luang Prabang, Laos ni aku panjangkan dengan ....

Ambik pakej sehari (Slow Boat, Elephant Riding, Whisky Village, Cave, Kuang Si Waterfall)
Harga 380,000 Kip = RM 199.68


Bagi Whisky Village dan Gua..
Bagi aku xla menarik sangat ..huhu terpaksa ambik pakej ni dah xda pilihan.
Selesai jer aktiviti tersebut, aku meneruskan aktiviti di sebelah petang, kena habiskan jugak aktiviti hari ni disebabkan esok dah nak balik Malaysia.
Nak panjat bukit, g lawat national museum, national library, bamboo bridge, dan nak nengok sunset atas bukit (banyak nyamuk ler)...


29/06/2018 (Hari Keenam)

Untuk hari terakhir ni, sempatlah nengok ....

Morning Giving Alms Ceremony (tetapi sempat menyapu pulak)




Alhamdulillah dengan perjalanan Melancong Solo ke Luang Prabang, Vang Vieng Laos ni (dua daerah yang berlainan agak jauh) perbelanjaan keseluruhan adalah RM 1,307.083.

Alhamdulillah dengan Izin Allah maka, Destinasi yang ke -27 ni selesai diterokai.

Terima kasih kerana membaca blog ini. Diharap itinery ni boleh sedikit sebanyak membantu yer.
Sekiranya ada pertanyaan lanjut bolehla ditulis diruangan komen.

Sekian. Jumpa lagi Moscow, Istanbul dan Balik semula ke Japan 



2018年2月3日土曜日

BACKPACKER KE MALDIVES - SYURGA KEINDAHAN ALAM


DESTINASI KE - 26




DESTINASI SETERUSNYA
NEGARA MALDIVES
Lihat imej sumber
Pemandangan Kepulauan Maldives



TARIKH : 23 HINGGA 30 JANUARI 2018


Yeah… alhamdulillah akhirnya perjalanan melancong seorang diri ke Negara yang mempunyai Pulau di antara 10 Tercantik di dunia tercapai. Syukur Alhamdulillah.

          Ingin ku kongsikan itenari percutian ku ke Negara Maldives seorang diri “Travel Alone” selama 7 Hari 6 Malam pada 23 hingga 30 Januari 2018. Destinasi Maldives adalah Negara Ke – 30 yang telah aku jelajahi. Alhamdulillah. Percutian ini adalah percutian bajet bagi aku yang mana semua itinerary dan penginapan aku book sendiri tanpa melalui mana-mana agensi pelancongan dan juga secara walk-in aktiviti. HEHE..Kena Cukup Berani Kat Negara Orang UNTUK HIDUP!!!.

Bajet perbelanjaan keseluruhan akan diterangkan dengan details nanti yang merangkumi tiket penerbangan pergi dan balik (termasuk makanan dalam kapal terbang), pengangkutan, makan dan minum, penginapan, segala aktiviti serta souvenirs untuk insan tersayang. KONON…Sapa la yang mahu kat aku ni….



Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


Melancong Ke Maldives aku sempat melawat beberapa Kepulauan yang begitu cantik dengan perbezaan warna airnya bahkan pasirnya sekalipun amat berbeza. Kepulaunan yang sempat dilawat adalah Hulhumale, Male, Maafushi, Difushi, Bikini Beach dan Sand Bank. Suhu di Maldives sewaktu berada di sana lebih kurang 40 darjah celcius. Sejuk kan….hmmmmmm Hitam Aku Balik Malaysia (akak aku cakap lepas balik kerja kontrak yer kat Maldives) nangis yo…buat facial jerla.

Pantai yang paling dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Male (Valena Int Airport) adalah Hulhumale Beach. Dengan menggunakan bas dari Airport – Hulhumale Beach dengan harga 20 Rufiyaa sehala. Lokasi Hulhumale adalah bagi pelancong yang sampai ke Maldives pada waktu malam kerana Negara ini semua lokasi nya di kelilingi air maka pelancong harus tidur di Hotel berdekatan dahulu dan keesokan harinya barulah menuju ke mana-mana pulau yang telah ditempah.
Dataran Male, Maldives (Banyaknya Burung)
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


Mata wang Negara Maldives adalah Rufiyaa (MVR/ Maldives Rufiyaa). Tukaran bagi USD 1 = 15 Rufiyaa. Bagi pembelian di mana-mana market atau aktiviti makan-minum lebih elok kiranya menggunakan Rufiyaa. Manakala bagi tujuan penginapan serta aktiviti mereka akan meminta dibayar USD.


HARI PERTAMA (23/01/2018)


Bekalan Wang    – USD 2,000.00
Ringgit                 - RM 1,246.00
Tiket Penerbangan AirAsia Return – RM 781.00 (Meals Incl).

          Penerbangan dari Kuala Lumpur – Maldives mengambil masa selama 4 jam 30 minit. Dengan menggunakan Penerbangan AirAsia AK 72 (1855 pm) dan sampai di Male (Velana International Airport) pada jam 2010 malam waktu Maldives. Aku rasa tidak berapa ramai orang Malaysia yang melancong ke Maldives mungkin kurang daripada 10 orang termasuk aku. Rata-ratanya di dalam Kapal Terbang ini pelancong dari China. Sesampainya di balai ketibaan, aku tercari2x sepanduk kot yang mana aku memesan agar pihak hotel menghantar staf nya untuk membawa ku ke hotel Male city. Selepas agak lama menunggu iaitu 1 jam 30 minit, aku mengambil keputusan menggunakan telefon yang terdapat di Kaunter Pertanyaan Male International Airport menghubungi Off Day Inn Hotel, Male City. Rupanya dijanjikan 10 minit lagi ada staf mereka akan datang. Menghampiri 2 jam, dan kali kedua aku telefon barulah ada staf Hotel tersebut menyapa ku.

Ok.. Untuk malam pertama aku menginap di transit hotel Male iaitu (Off Day Inn Hotel). Dengan kadar semalam RM 291.00 termasuk Continental Breakfast. Masalahnya wifi hotel ni slow nak mampossss…Nak cepat kena duduk dan online dalam tandas…x kan duk semalaman kan…Setibanya di hotel aku diberikan bilik yang telah ditempah. Biliknya amat besar, menarik dan cukup sesuai tetapi hanya malalah wifi lah. Betul jugak aku baca dekat review mengenai Melancong ke Maldives…digalakkan jika transit dari hotel menginaplah di KOtaraya Male semalam pun cukuplah. Kerana kos nya lebih mahal jika menginap terus di Kepulauan Maldives. Good Idea.


          Aku mengambil keputusan untuk menginap di Male selama 2 malam untuk menghilangkan kepenatan. Lagipun aku belum menempah bilik seterusnya bagi hari2x berikut.


HARI KEDUA ( 24/01/2018)


          Untuk hari keduanya berada di KOtaraya Male, 9.00 pagi aku bangun dan bersiap untuk sarapan di Café Hotel. RUpanya bersebelahan dengan Off Day Inn Hotel terdapat Café mereka. Sarapan pagi yang disediakan tiada pilihan. Menunya Roti Bakar + Sosej + Telor + Teh Panas. Jika nakkan kopi kena caj pulak dah…


CONTINENTAL BREAKFAST DISEDIAKAN DI OFF DAY INN HOTEL

          Selepas sarapan, aku lepak bermain wifi online di lobi hotel dekat sofa. Sambil menunggu hampir jam 12 tengahari, selesai membuat pembayaran untuk menyambung penginapan di Off Day Inn dengan bilik yang sama. Untuk malam kedua aku dikenakan USD 61.00 / semalam/ sarapan berbanding malam pertama tempahan secara online dikenakan USD 71.00 (Perbezaan USD 10).

PANTAI BUATAN DI KOTARAYA MALE, MALDIVES

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


          Selesai jer pembayaran bilik, aku bergerak pusing2x bandaraya Male jalan kaki jer. Kerana maklumat yang aku dapat daripada staf hotel yang menyatakan jalan kaki akan dapat melawat lebih banyak tarikan yang ada di Kotaraya Male. Dari Off Day Inn aku sempat melawat Masjid Tertua Male, Maldives, Museum Maldives, Universiti Kebangsaan Maldives, Pejabat Presiden Maldives, Tasik Buatan Maldives, Melawat beberapa Terminal Pelabuhan, Dataran Burung, Tugu Tsunami dan banyak lagi.

          Jalan – Jalan di bandar Male, Sempat aku singah ke Kedai Souvenirs dan hasilnya..membeli belahlah sedikit sebagai buah tangan untuk di bawa balik ke Malaysia. Harga di Bandar Male lebih mahal jika dibandingkan jika membeli Souvenirs di Pulau2x. Masalah yang dihadapi di Kotaraya Male ni adalah dari semalaman dah hujan yang menyebabkan kesukaran aku nak lepak kat bandaraya Male ni. Sempat jugak aku jenguk Stadium Bola Sepak Male, Maldives. Rupanya sekarang adalah waktu dan perasmian bagi Kejohanan FIFA Worldcup 2018. Wauuuu best nyer..merasa jugak aku..


HARI KETIGA (25/01/2018)


          Dari Off Day Inn Hotel Male, Maldives bertolak ke Jetty No.6 (Bank of Maldives/ Ceylon) Terminal menggunakan teksi. Kadar tambang Rufiya 40. Dengan menaikki pengangkutan Boat Laju (Speedboat) dari Male – Pulau K. Guraidhoo, Maldives) USD 30 perjalanan selama 45 minit. Penuh dengan penumpang. Hanya 3 orang jer warga asing (Aku dan 2 orang pelancong China). Perbezaan harga 150 Rufiyaa (warga Maldives) USD 30 (Warga Asing) huhu..Melampauuuu.


          Sampai di Pulau K. Guraidhoo, Mr Shammy (Empunya Rabool Inn, Hotel) menjemput ku menggunakan motosikal. Al Maklum kepulauan kan, amat panas sekali, dan keadaan kediaman dekat pulau ni memang berpasir serta kebanyakan rumah penduduk Nampak kurang siap/tak berapa nak siap. Kesian kan…


          Aku menginap di Rabool Inn Hotel, Guraidhoo selama 4 malam dengan kadar USD 150/ 4 malam termasuk sarapan dan 3 jenis GST Tax..Jika kat Malaysia kita kena 6% jer GST dah mengamuk…Kat Maldives ada 3 jenis GST Tax..Nak Mamposss Dahlah Cekik Darah…

          Aku ambik pakej penginapan untuk makan tengahari dan malam dikenakan USD 10/sehari. Tat mean keseluruhan hampir USD 200 aku dikenakan dalam tempoh 4 malam di Guraidhoo Pulau. Best.

          Sebelum masuk ke bilik, diberikan Welcoming drink (Air Jus Nenas) fresh pulak tu. Sedap dan Sejuk Masa Panas di Pulau ni. Layanan dari En Shamy dan Pakcik (Chef) Hotel ni memang best…Puas Hati just cara masakan mereka buat aku asyik ke Tandas jer…Mungkin banyak guna kari dan daun kari kott.


Mata wang Maldives Rufiyaa dan USD 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com



          Rehat sebentar dan seterusnya aku menuju ke Jalan utama untuk mengunjugi kedai Souvenir serta lawatan tapak Pulau Guraidhoo. Sempat membeli beberapa helai Baju untuk (Mama dan Aku) serta Fridge Magnet + Keychain untuk teman seperjuangan di Kampung Halaman…


HARI KEEMPAT (26/01/2018)


          Hari ni aku mengambil pakej USD 80.00 (Snorkeling, Penyu, Dolphin dan Sand Bank). Bagi hari pertama ni, dengan menggunakan 2 buah speedboat (aku termasuk beberapa pelancong mat salleh dari German, Rusia, UK dan Scotland) bersama ku dan ditemani oleh En Shamy (Amat bagus kerana beliau memang menjaga dan menemani sepanjang semua aktiviti yang aku bayar di Pulau Guraidhoo). Tat mean…beliau prihatin dan amat bertanggungjawab. Al maklum beliau bekas guru.

          Lokasi pertama adalah berenang dan snorkelling di lokasi hidupan laut dan terumbu dengan warna air laut kebiruan. Lokasi kedua pulak, kami disuruh untuk berenang di lokasi penyu. Akhirnya sempat jugak mengambil video dan berenang kejar mengejar penyu. Terdapat 3 ekor penyu yang dijumpai. Air laut kelihatan biru + kehijauan. Lokasi ketiga adalah berenang dan Snorkelling di Banana Reef. Lokasi ini adalah lokasi terbaik untuk aktiviti melihat hidupan laut. Dengan air yang sangat jernih, pelbagai ikan serta banyak terumbu karang yang menyebabkan badan serta kaki aku cedera berdarah.

          Dari Jam 0930 pagi hingga 1500 petang barulah balik ke Raabol Inn Hotel. Rehat sebentar, aku santai dan bergerak ke Pantai untuk melihat sendiri (Manta dan Jerung). Lokasi di tuju adalah Bikini Beach. Jarak Bikini Beach dari Raabol Inn lebih kurang 10 – 15 minit jika cepat berjalan macam aku ler. Haha…Lokasi nya senang jer…

          Jalan terus di persisir pantai, selepas melewati padang bola / mini stadium Guraidhoo, jalan terus hingga menjumpai jambatan. Akan Nampak satu pulau kecil. Itulah Bikini Beach. Laut dan pantai yang cantik dan jikalau nak lihat dengan lebih dekat di Private Beach ni orang berbikini di sinilah lahir nya……

Lihat imej sumber
Bikini Beach

https://www.jacknjillcute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
          Ronda punya ronda di Bikini Beach, aku sempat berkenalan dengan anak2x jati pulau Guraidhoo yang menyapa ku. Adik ni Aaisssh dan Sharoff.. Baik orang nya 14 Tahun jer tu…tapi mereka ni kira boleh berhasa Inggeris. Sambil selfie dan berborak di atas jambatan Bikini Beach, rupanya di situlah laluan hidupan laut yang nak kembali ke Laut setibanya waktu air pasang. Akan jelas kelihatan Eagle Ray, StingRays, Ikan todak, Ikan Jerung (Baby Shark) dan lain2x Ikan. Menarik…


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
                 


Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
                               


HARI KELIMA (27/01/2018)


          Hari ini, just ronda2x pantai serta menjenguk kembali ke Bikini Beach untuk mengambil video hidupan laut di sana.


HARI KEENAM (28/01/2018)



Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
                                     


          Seawal 0930 pagi, aku bersama En. Shammy bergerak ke Pantai sambil menunggu En Salam bersama Speedboat beliau serta ditemani pelancong dari German dan UK bagi aktiviti Snorkelling lagi, Dolphis trip, Sand Bank dan juga Banana Reef Snorkelling aktiviti. Trip ini adalah termasuk trip yang pertama berikutan belum habis pakej nya.

Kami sempat melihat lebih kurang 5 ekor dolphins di kawasan lokasi dolphin reef. Tetapi hanya lebih kurang 10 minit jer kot…lepas tu gone….g mana entah dolphins tu…dah melayang USD bayar ba…
Tapi amat bersyukur la…sebelum ni di New Zealand aku sempat melihat dan mempunyai video Ikan Paus, Ikan Lumba2x, Anjing laut dan sekarang di Maldives, berenang bersama Penyu dan juga Dolphins. Syukur Alhamdulillah.



https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com





Sand Bank Beach


Lihat imej sumber
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com
                                
HARI KETUJUH (29/01/2018)

          Aku mengambil keputusan untuk join couple dari Republic Chech untuk menaiki feri dari K. Guraidhoo PUlau – Male seawal jam 0700 pagi. Dengan kadar tambang feri 30 Rufiyaa (USD 2/sehala/seorang). Sempat jugak berkenalan dengan Felix dan Amy (Pelancong dari Filipina) yang sama dengan ku melihat Dolphin dan jugak Bikini Beach. Perjalanan menggunakan feri dari K. Guraidhoo Pulau – Male mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dan sempat berbual dengan kawan yang mempunyai kedai souvenir yang pertama ku beli di pulau Guraidhoo.

          Setibanya di Male Jeti Terminal, hanya berjalan kaki dari Jeti Pelabuhan menuju ke Pusat Bandaraya male. Tidak Payah untuk menaiki Teksi, jika malas berjalan atau luggage berat bolehlah naik teksi. Aku just jalan kaki jer dengan backpack.

Lihat imej sumber
Dataran Bandaraya Male, Maldives



          Pusing2x bandar dan snap gambar..Agak bosan sebab panas maka aku mengambil keputusan untuk bergerak ke Male Velana International Airport. Dengan menggunakan mode Ferry dari pelabuhan dengan kadar tambang 10 Rufiyaa / Sehala/Seorang. Tidaklah jauh perjalannya. Di Velana International Airport, Maldives aku sempat membeli Souvenirs (T Shirt Manta, Dolphins Poskad, gelang tangan Maldives, Flag, Map Hidupan Laut Maldives, dll). Harga lebih kurang 3 kali ganda jika dibandingkan harga di Kepulauan. Di Pulau Harga lebih kurang USD 10-15, di Male International Airport USD 20-30….mampusss.



Lihat imej sumber
Deretan Kapal Terbang Menunggu Penumpang Untuk Ke Private Island



          Laparnya…mengambil keputusan untuk merasa harga makanan di Airport Male katanya…Makan jerla di Thai Express Male Airport dan dikenakan caj makanan USD 14.00..lebih kurang jer harga jika nak makan di Burger King Male. Huhu berlipat2x kali ganda harga yo..Rasa makanan macam biasa jer…better makan kat kaki lima jika di Malaysia.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


          1730 petang, beratur untuk check in bagi keberangkatan kembali ke Malaysia pada jam 2055 pm (waktu Maldives) dan mendarat di KLIA pada jam 0430 am (waktu Malaysia)… awalnya sampai…ngantok siot…

Lihat imej sumber
Velana International Airport, Maldives

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com


Syukur Alhamdulillah..Beginilah coretan aktiviti melancong ke Destinasi Ke – 30 Ku Ke Negara Maldives. Semoga dipanjangkan Umur dan Kita Akan Bertemu Lagi di Coretan Negara Berikutnya.

Coretan dan perkongsian ini bukanlah yang terbaik dari aku, hanyalah sebagai perkongsian bagi yang berminat untuk menggunakan itineri seperti ini. Dengan bajet yang sedikit tetapi bersyukur kerana tercapai jugak menjejakkan kaki ke Negara Orang terutama melihat kehidupan dan beramah mesra bersama Anak-Anak Maldives menjadikan aku kenal erti hidup Senang Dan Susah.

Banggalah Kita Anak Malaysia. Bersyukurlah dengan Diri Kita.
Moga Kita Sentiasa Tenang, Sukses dan Mengecapi Apa Ertinya Hidup Ini. Senyumlah…..


TERIMA KASIH KERANA MEMBACA CORETAN KU..



https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
www.jacknjillscute.com

         
   
@ Jackie San


         

Featured post

'HOLDING BACK IS EVIL': GEN-ZERS REVIVE JAPAN'S CORPORATE MACHISMO - TOKYO JAPAN

'HOLDING BACK IS EVIL': GEN-ZERS REVIVE JAPAN'S CORPORATE MACHISMO - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO Huddled together s...