2019年5月17日金曜日

Kahwin Muda Itu Mudah

NAK KAWIN MUDA LA.....

Kini isu buang anak, anak luar nikah, penyakit kelamin, serta kes sosial terutama seks luar nikah di kalangan anak muda boleh dikatakan trend penyakitnya Tahun 2019 ni. Amat menyedihkan ianya berlaku di kalangan serta penyumbang statistik tertinggi adalah pada had umur kalangan 12 - 18 tahun. 
Kedapatan remaja yang ditangkap berkhalwat serta membuang anak luar nikah terutamanya di Bulan yang mulia ini amat menyedihkan bahkan memalukan satu-satu kaum. Namun remaja yang melakukan hal demikian sudah tidak segan silu untuk meneruskan aktiviti yang tidak bermoral tersebut.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
Punca kejadian boleh diibaratkan apabila tiada pegangan agama yang kuat, didikan dari dalam rumah, sosial media yang keterlaluan tiada had, terlalu mengikutkan hati dan perasaan, ingin bebas melakukan sebarang aktiviti serta tiada pemantauan oleh kedua orang tua (keluarga) menjadikan isu permasalahan ini menjadi rumit dan membebankan semua pihak. 
Tindakan segera kementerian berwajib untuk membanteras dan mengurangkan permasalahan ini amat wajar disokong. Disebabkan remaja yang berumur lingkungan tersebut sepatutnya masih bersekolah dan harus dipelihara budi perketinya kini nilai permata tersebut punah dan semakin uzur. Sekatan dari segi teguran, nasihat, bimbingan, bahkan hukuman yang diberikan terhadap pesalah oleh seorang pendidik di sekolah yang tidak dihormati lagi bahkan boleh menyebabkan seorang pendidik dianiaya serta disabit kesalahan oleh kedua orang tua menyebabkan remaja yang digilap menjadi permata untuk generasi peneraju masa hadapan makin lenyap, maka wajarlah pimpinan kerajaan mengambil inisiatif terbaik. Agar maruah bangsa, agama serta keluarga diperbaiki serta dijaga.

CADANGAN KERAJAAN ...
a). Menaikkan had usia minimum untuk berkahwin daripada 16 Tahun ke 18 Tahun.
b). Bagi membendung perlanggaran hak asasi terhadap kanak-kanak di negara ini (isu terdapat pihak tertentu mengambil kesempatan mengeksploitasi golongan bawah umur ini untuk kepentingan peribadi mereka).
c). Enakmen Undang-Undang Bekerluarga Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2018 berkenaan had umur minima perkahwinan bagi wanita Islam dinaikkan kepada 18 Tahun (sebelum ini 16 Tahun).
d). Mengurangkan dan membanteras kes yang menjadi trend iaitu Seks Luar Nikah (mengelak remaja terdedah kepada hubungan seks di luar nikah).
e). Kes buang anak.
f). Memberi kesedaran kepada Ibu Bapa untuk senantiasa memberikan perhatian terhadap anak mereka.
g). Perhatian terus menerus harus diberikan oleh kedua orang tua serta perhatian kepada anak-anak bagi mengelak isu perceraian pada usia muda.
h). Untuk menyekat terjadinya isu kanak-kanak menjadi mangsa rogol dan mangsa dera seksual oleh ahli keluarga/adik beradik sendiri. 
i). Ia memperuntukkan sebarang hubungan seksual di antara lelaki dan perempuan bawah umur 16 tahun sebagai rogol, tanpa mengambil kira sama ada dilakukan dengan kerelaan atau sebaliknya.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Peranan ibu bapa...
Semua agama di dunia ini tidak pernah untuk menetapkan bila masa atau umur berapa seseorang itu untuk berkahwin. 
Ianya bergantung kepada diri sendiri, jika sampai seru ataupun berkehendak untuk berkahwin, maka mereka digalakkan untuk berkahwin (jalan terbaik untuk mengelakkan sesuatu perkara buruk berlaku).
Bagi seseorang yang beragama Islam, Undang-Undang negara telah menetapkan had usia minima untuk seseorang berkahwin adalah 16 Tahun (perempuan) dan 18 Tahun (Lelaki). 
Tetapi, kebenaran Mahkamah Syariah ke atas kes-kes tertentu diberikan bagi individu bawah umur jika diluluskan.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Statistik sejak dari Tahun 2013 mendapati seramai 5,362 permohonan untuk bernikah bawah umur diterima dan direkodkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) dari kanak-kanak bawah umur yang beragama Islam. Ianya amat membimbangkan.
Permohonan ini dibuat berikutan hampir kesemuanya disebabkan kes seks luar nikah yang menyebabkan remaja berkenaan/ kanak-kanak berkenaan telah hamil dan memaksa mereka untuk bernikah dalam usia awal.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kebanyakan pasangan muda berkenaan dikaitkan dengan kes seks luar nikah sehingga hamil yang memaksa mereka memilih bernikah dalam usia awal.
Masa depan remaja/anak-anak ini sebenarnya bergantung kepada kedua orang tua yang memerhatikan/memantau mereka kerana keputusan hanya terletak dan masa depan anak-anak ini sememangnya orang tua lah yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju masa depan mereka.
Harus diingat juga...
Perkahwinan itu memang diimpikan,
Hidup berumah tangga itu sesuatu yang mengembirakan,
Sekali engkau berduka akibat sikit kesilapan maka, engkau akan merana seumur hidup!!!

MAKA..
FIKIR - FIKIRKAN LAH MASA DEPAN DIRI MU...
FIKIR - FIKIRKAN LAH MASA DEPAN KEDUA IBU BAPA MU...
FIKIR - FIKIRKAN LAH MASA DEPAN PASANGAN MU...
FIKIR - FIKIRKAN LAH MASA DEPAN KEDUA IBU BAPA PASANGAN MU...
KERANA...
KESERONOKKAN PADA HARI INI TIDAK AKAN SAMA KESERONOKKAN MU PADA KEMUDIAN HARI...
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

Featured post

FAT-BURNING PROTEINS FROM JAPAN RESEARCHERS

FAT-BURNING PROTEINS FROM JAPAN RESEARCHERS @Jr_Paku Midin Channel KOBE A Japanese research team has found protein variants that increase du...