2019年9月26日木曜日

1 Januari 2020 Kuatkuasa Larangan Merokok Seluruh Sarawak ?

KUCHING :

Larangan merokok di semua premis makanan dan minuman akan berkuat kuasa sepenuhnya bermula 1 Januari 2020 di Seluruh Negara termasuk di Negeri Sarawak.

Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Negeri, Billy Sujang berkata larangan merokok ini akan dikuatkuasa di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Tembakau (Pindaan) 2018.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Buat masa ini larangan merokok ini masih di peringkat penguatkuasaan pendidikan sehingga Disember 2019".

"Apabila ianya dikuatkuasakan sepenuhnya Januari 2020 nanti, denda kompoun RM 250.00 akan dikenakan terhadap pesalah dan ianya boleh disabit ke mahkamah".

"Maksimum denda adalah RM 10,000.00 atau boleh dipenjara selama dua (2) tahun". 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Statistik berkaitan jumlah kompoun yang telah dikeluarkan agak rumit dinyatakan berikutan ketiadaan data rasmi kementerian.

Melalui sidang akhbar dan media rasmi melaporkan bahawa semua premis makanan dan minuman di negeri ini telah berjaya mempamerkan dan meletakkan tanda amaran larangan merokok di premis masing-masing.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Apa yang penting pada masa ini adalh ke semua pemilik premis mesti mempamerkan dan meletakkan papan tanda amaran larangan merokok di premis masing-masing".

"Ianya sebagai peringatan bahawasanya bermula Januari 2020, jika perokok ditangkap merokok di premis makanan dan minuman ia bukan menjadi kesalahan kepada pemilik kedai lagi".

"Tetapi jika pemilik premis gagal meletakkan papan amaran larangan merokok mereka turut akan dikompoun pada jumlah yang sama tetapi maksimun hingga RM 3,000.00 boleh dikenakan beserta penjara selama setahun".

Jelas menunjukkan pelbagai undang-undang telah diperkuatkuasakan tetapi kementerian masih gagal mempraktikkannya.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/


Berita disunting - "Bernama"


@ Jackie San

1 件のコメント:

Featured post

New Comer’s Student In Japan and Graduates Party MSc Student Fall Semester

   https://youtu.be/jnWxZqic5W0?si=jtqR1_4WfO9-oZCB >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH HERE<<<