2019年9月24日火曜日

Ibu Kandung & Teman Lelaki Sanggup Bunuh Anak ?

GEORGE TOWN PULAU PINANG !


Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima (5) tahun mengalami kecederaan dan lebam hampir mati dan terdapat lebam di beberapa bahagian badan, dipercayai didera ibu kandungnya serta teman lelaki wanita itu dalam kejadian di sebuah bilik sewa di Jalan Jelutong pada Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Timur laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata polis menyelamatkan kanak-kanak itu selepas membuat serbuan ke bilik tersebut kira-kira pukul 12 tengah hari, kerana sedang mengesan lelaki berkenaan berikutan dia dikehendaki bersabit satu kes dadah.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

 "Semasa serbuan itu terdapat seorang lelaki dan seorang wanita serta kanak-kanak berkenaan, polis mendapati terdapat beberapa kesan lebam pada mangsa (kanak-kanak lelaki) sebelum membuat pemeriksaan lanjut serta mendapati turut terdapat kecederaan lain, disyaki didera teruk," katanya di sini hari ini.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sambung beliau, berdasarkan temubual awal ke atas kanak-kaanak itu ketika di bilik berkenaan, mangsa memaklumkan dia telah dipukul oleh teman lelaki ibunya yang dipanggil "daddy" dan ibunya sendiri juga turut memukulnya namun mangsa tidak menjelaskan punca dia dipukul.

Menurutnya berikutan itu polis membawa kanak-kanak berkenaan ke Hospital Pulau Pinang untuk pemeriksaan lanjut manakala ibunya dan teman lelaki wanita itu ditahan untuk siasatan lanjut.

Che Zaimani berkata pemeriksaan oleh doktor yang merawat kanak-kanak itu mendapati terdapat lebam dan bengkak di pipi kiri, kesan kecederaan di badan, lengan serta kaki dan terdapat keruping di bahagian kemaluan mangsa namun, x-ray yang dijalankan mendapati  tiada sebarang kecederaan parah.

Katanya kanak-kanak itu telah dimasukkan ke wad di hospital tersebut untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor dan pemantauan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Siasatan lanjut ke atas lelaki berusia 38 tahun yang ditahan dalam kes itu mendapati dia mempunyai 12 rekod kes lampau berkaitan dadah serta jenayah, manakala itu kanak-kanak itu yang berumur 28 tahun tidak mempunyai sebarang rekod lampau," katanya.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengetahui punca kanak-kanak itu didera serta sejak bila dia dipukul oleh pasangan berkenaan.

Menurutnya, lelaki yang bekerja kontrak dan duda serta wanita tidak bekerja itu positif mengambil dadah dan mereka kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 31)1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

-Berita disunting dari "Bernama"

@Jackie San 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/09/ibu-kandung-teman-lelaki-sanggup-bunuh.html

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...