2019年11月8日金曜日

3 Juta Tontonan Video Pendidikan Seks Khas Kanak-Kanak !

KUALA LUMPUR:
Video pendidikan seks bagi kanak-kanak melalui YouTube yang dilancarkan pada Bulan Jun 2019 lepas, kini telah mencapai hampir 3 juta tontonan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh.

Beliau berkata statistik bermula dari tarikh pelancaran sehingga 04 Oktober 2019 (Jumaat) itu menunjukkan suatu trend yang baik di kalangan kanak-kanak yang boleh disifatkan buat kementerian dalam usaha mengurangkan jenayah seksual kanak-kanak di negara ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Dari segi kadar tontonan ianya bermaksud, kalau video ini berjumlah satu minit, untuk yang menamatkan video keseluruhan menunjukkan bahawa kadar tontonan adalah hampir 50 peratus dan ini lebih tinggi daripada kadar purata tontonan industri iaitu sekitar 20 peratus sahaja. Ia bermakna video seks tersebut memberi impak maksima kepada golongan kanak-kanak di negara ini.

"Jadi orang lain bila dia buat kadar purata tontonan industri adalah 20 peratus tapi video kita, lihat pada peratusan mencapai 50 peratus jadi ianya adalah trend pada masa kini yang sangat baik dan mempunyai 67,000 klik share dan likes," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini semalam.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Pada 24 Jun 2019 yang lepas, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail melancarkan lima video pendidikan seks untuk kanak-kanak melalui platform YouTube yang pertama kali dilaksanakan di Malaysia.

Video tempoh satu minit bagi setiap siri itu merupakan usaha kementerian dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysians Against Pornography, selain Google selaku pengendali YouTube itu mensasarkan 150,000 tontonan dalam kalangan kanak-kanak tahun ini dan berkemungkinan dihasilkan dalam bahasa lain, selain bahasa Melayu ketika ini.

Terdahulu ketika sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, Yeoh memaklumkan bahawa pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi menambah bilangan pelindung kanak-kanak di negara ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Beliau berkata setakat ini Malaysia hanya mempunyai lebih 200 pelindung kanak-kanak, dan jumlah itu tidak mampu melindungi kira-kira 9.4 juta kanak-kanak di seluruh negara.

"Berdasarkan populasi kanak-kanak kita sekarang, kita perlukan 1,500 pelindung kanak-kanak, jadi kita sedang berbincang dengan pihak JPA untuk mendapatkan lebih ramai tenaga kerja dalam aspek ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang ingin tahu sama aa kerajaan menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan bagi melindungi kanak-kanak. - Suntingan dari 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/11/3-juta-tontonan-video-pendidikan-seks.html

    返信削除

Featured post

HOW IMPORTANT IS ENGLISH LANGUAGE IN JAPAN?

HOW IMPORTANT IS ENGLISH LANGUAGE IN JAPAN? @Jackie San In Japan,  English is being learned to further develop society . Students in Japan h...