Friday, 1 November 2019

34 Kes Hina Agama Tahun 2019

POLIS DIRAJA MALAYSIA MENERIMA 34 KES MELIBATKAN ISU PENGHINAAN AGAMA SETAKAT TAHUN INI, KATA MOHD AZIS JAMMAN.


KUALA LUMPUR :
Polis Diraja Malaysia menerima 34 kes melibatkan isu penghinaan agama setakat tahun ini, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datok mohd Azis Jamman.

Katanya, daripada jumlah tersebut, tiga kesalahan telah dijatuhkan hukuman, enam sedang dibicarakan, sembila dalam tindakan Jabatan Peguam Negara, empat dalam siasatan polis dan 12 kes sebagai 'Tiada Tindakan Lanjut' (NFA).

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang memainkan isu agama dan kita akan ambil tindakan tegas kepada mereka yang sering melakukan provokasi tanpa mengira kaum dan agama," katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Halimah Mohamed Sadique (BN-Kota Tinggi) tentang jumlah kes penghinaan agama yang direkodkan kementerian pada tahun ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Mohd Azis berkata, pada masa ini, KDN masih menjalankan kajian lanjut berhubung pemansuhan Akta Hasutan 1948 dan berpendirian kesalahan yang berkaitan dengan perlindungan institusi diraja, kaum dan agama perlu terus dikekalkan dengan memindahkannya ke dalam undang-undang lain sedia ada seperti Kanun Keseksaan atau diwujudkan undang-undang baharu jika perlu.

Jelasnya, ia bagi memastikan tiada kelompangan undang-undang berlaku sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Selain itu, KDN katanya, sedang membuat kajian dan cadangan penambahbaikan akta-akta sedia ada supaya tindakan lebih berkesan serta menyeluruh dapat diambil polis terhadap mereka yang membangkitkan isu-isu sensitif.

"Pihak polis juga telah menubuhkan unit pemantauan dan siasatan terhadap penyalahgunaan media sosial di peringkat daerah dan kontijen supaya tindakan segera diambil sebelum isu sensitif merebak menjadi permusuhan antara agama dan bangsa," katanya.

Menjawab soalan tambahan Datuk Johari Abdul (PH-Sungai Petani) sama ada kementerian bercadang menubuhkan mahkamah khas untuk menyelesaikan kes penghinaan agama, Mohd Azis berkata, tiada keperluan untuk itu pada masa ini kerana akta sedia ada dan prosedur operasi standard (SOP) kementerian masih memadai.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/11/34-kes-hina-agama-tahun-2019.html

    ReplyDelete

Featured post

Team JP Limbang Bergerak Turun Selepas Selesai Program Bersama Komuniti ...

  https://youtu.be/psGg8SsKqUU