2019年10月31日木曜日

JIKA BERSENAM IKUTLAH KEMAMPUAN

IKUT LA KEMAMPUAN !

Jika ditanya kepada pakar senaman apakah yang dimaksudkan dengan kecergasan pasti jawapan diberikan berbeza-beza bergantung kepada daya ketahanan yang ada pada tubuh badan seseorang. Keadaan ini sama dengan atlet dalam sesuatu bidang sukan apabila mereka terpaksa melalui ujian tertentu berlari, angkat berat mahupun berenang untuk mencapai tahap kecergasan yang diinginkan. 

Namun, bagaimana pula dengan individu yang melakukan senaman bukan sahaja bertujuan untuk menjalani ujian prestasi kecergasan peribadi? Adakah mereka perlu melakukan senaman berat untuk mencapai tahap yang mereka ingin dan impikan!
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
Dalam hal ini adalah sangat penting seseorang itu mendapatkan latihan kecergasan yang tersusun dan seimbang mengikut kemampuan kita. Jika mereka lebih selesa dengan berlari ia boleh dilakukan setiap hari dengan meningkatkan kadar larian pada setiap hari.

Begitu juga sekiranya individu itu gemar ke gimnasium menggunakan peralatan, ada pelbagai alat bantu yang boleh digunakan dan dicuba dan ianya bergantung kepada tahap kemampuan masing-masing.

Setiap individu memerlukan satu latihan asas bagi menyokong kestabilan teras iaitu mengimbangi badan yang rendah untuk mendapatkan kekuatan tenaga bagi melakukan aktiviti seperti berlari, melompat, mengangkat objek berat, zumba, merangkak, senaman ringan dan ianya mesti secara berulang dan elakkan mengganggu sistem otot kita.

Terdapat pelbagai ujian kecergasan yang dapat membantu membentuk bahagian tertentu seperti kaki dan peha, bahagian teras iaitu perut dan dada dan bahagian atas badan kita (tangan dan bahu). Latihan senaman ini pula bukan hanya dilakukan sekali, sebaliknya ianya harus dijadikan aktiviti rutin harian, mingguan ataupun rutin latihan bagi mendapatkan susuk tubuh yang diidamkan seperti seorang atlet bina badan ataupun renang. Sesungguhnya dengan melakukan aktiviti berenang dapat membentuk tubuh badan yang terbaik dengan latihan berterusan.

Semua latihan kecergasan ini boleh dilakukan di gimnasium sama ada menggunakan dumbbell sebagai alat sokongan atau bola senaman. Antaranya chest press, shoulder press, plank dan torso rotation yang memberikan tumpuan kepada pembentukan otot pada bahagian dada, tangan dan juga kaki. Terdapat beberapa panduan yang boleh diikuti pada mereka yang baru melakukannya.
 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
Antaranya seperti berikut:

1. JANGAN LAKUKAN LATIHAN TERLAMPAU 
Kebanyakan  individu yang menjalani latihan di gimnasium biasanya akan terus melakukan bench press, incline bench press atau decline bench press, tidak cukup dengan barbell, mereka menggunakan dumbbell. Namun, sebenarnya untuk membesarkan otot dada tidak memerlukan latihan yang banyak. Apa yang diperlukan adalah senaman jenis tolakan seperti bench press dan incline press. 

2. LATIHAN BUKA TANGAN
Jika selama ini anda melakukan bench press dengan satu kedudukan tangan, apa kata buka tangan sedikit sehingga anda betul-betul, rasa pada bahagian dada. Tidak guna anda hanya boleh mengangkat bebanan, tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Sebaliknya lakukan latihan dengan mengerjakan otot dada dan bahu secara selari kerana kedua-duanya saling berkaitan.


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

3. SENAMAN DI BAHAGIAN ATAS BADAN
Majoriti lelaki memiliki kelemahan pada bahagian atas badan seperti dada dan juga lengan. Oleh itu, mulakan senaman dengan memberikan tumpuan pada bahagian ini.


4. JANGAN LAKUKAN LATIHAN TERLALU LAJU
Dalam sesi latihan biasa anda tidak perlu melakukan pergerakan terlalu laju. Jika mengikut sistem latihan biasa, lakukan dalam empat saat turut dan juga naik. Keadaan ini membuatkan otot kita akan benar-benar bekerja. Jika sudah berjaya sekali, cuba buat jenis letupan (explosive) iaitu naik dan juga turun selaju mungkin dan ini hanya boleh dilakukan dalam masa dua minggu sekali.


5. LAKUKAN LATIHAN TEKAN DADA
Apabila melakukan bench press ataupun dumbbell press, apabila berada di atas, tekankan atau flex dada anda, kemudian baru menurunkan bebanan. 


https://www.jacknjillscute.blogspot.com/



Artikel Lain Perlu diBaca !
>><CLICK LINK<<<








 
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/
@ Jackie San



1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/10/jika-bersenam-ikutlah-kemampuan.html

    返信削除

Featured post

95,000 JAPANESE AGED OVER 100; MOST OF THEM WOMEN - TOKYO JAPAN

95,000 JAPANESE AGED OVER 100; MOST OF THEM WOMEN - TOKYO JAPAN @Jr_Paku Midin Channel TOKYO The number of people in Japan aged 100 or older...