2019年8月21日水曜日

TIPS PERSEDIAAN LARIAN FULL MARATHON

6 LANGKAH PERSEDIAAN UNTUK  PELARI LARIAN FULL MARATHON / HALF MARATHON :




1 - GUNAKAN KASUT YANG BETUL
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Pemilihan kasut adalah sangat penting untuk memastikan kelancaran larian anda. Pemilihan kasut yang boleh membantu mengurangkan kecederaan semasa larian. Secara asasnya ada 3 jenis kasut: 'Motion Control', 'Neutral' dan 'Stability'. Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli kasut, mintalah bantuan kakitangan kedai untuk membantu anda membuat ujian untuk menentukan kesesuaian kasut. 


2 - LARIAN UNTUK JANGKA MASA YANG PANJANG (LONG RUN)
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Peruntukan sekurang-kurangnya satu hari dalam seminggu untuk berlari dalam tempoh masa yang agak panjang. Anda tidak perlu melakukan larian panjang setiap hari. Larian panjang yang terlalu kerap boleh mendedahkan anda kepada risiko berlakunya kecederaan. Kebanyakkan kecederaan berlaku kerana terlalu banyak berlari dan bukan kerana lari dengan laju.

3 - BERLATIH DENGAN MENGGUNAKAN 'HEART RATE MONITOR'
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Anda boleh mengenalpasti kemampuan dan kelajuan anda dengan lebih tepat. Latihan anda akan lebih berkesan kerana anda boleh menguji kemampuan degupan jantung anda pada kadar yang berbeza. Menariknya juga anda boleh mengetahui jumlah kalori yang dibakar. Di samping itu perubahan degupan jantung juga boleh memberitahu anda sama ada anda tidak cukup rehat atau tidur dan mungkin juga berlakunya dehidrasi.


4 - LATIHAN INTERVAL
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Anda boleh melakukannya dengan jogging diselang selikan dengan kelajuan larian yang tinggi yang mencecah 90% - 100% daripada kadar nadi maksima selama 30 saat hingga 1 minit dengan diselangi oleh kelajuan perlahan atau rehat 1 hingga 2 minit.

5 - MAKANAN KARBOHIDRAT
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Pastikan 60 peratus (%) dari diet harian anda dilengkapi karbohidrat. Anda perlu tahu bahawa karbohidrat tidak akan membuatkan anda gemuk malah merupakan sumber utama tenaga anda. Ramai yang berlari untuk tujuan penurunan berat badan tidak mengambil karbohidrat secukupnya. Tindakan ini sebenarnya membantutkan proses pembakaran lemak yang sepatutnya berlaku. Jika anda berlari marathon dan masih mengalami masalah berat badan, anda mungkin tidak mengambil makanan yang secukupnya. Anda boleh gunakan 'heart rate monitor' untuk mengetahui jumlah kalori yang dibakar dan isi semula kalori yang telah dibakar itu. Tetapi pastikan anda mengambil makanan -makanan yang rendah lemak.

6 - REHAT DAN JUGA CUKUP TIDUR
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dapatkan rehat dan juga tidur yang cukup. Pastikan anda sentiasa mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Anda perlukannya untuk memastikan badan anda sentiasa berada dalam keadaan bersedia senantiasa. Terutamanya menjelang hari larian anda, pastikan anda mendapat rehat dan tidur yang mencukupi. Kegagalam anda berbuat demikian mungkin akan mempengaruhi prestasi larian anda nanti.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Insya Allah.

Semoga tip-tip yang dikongsikan di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda menjelang FULLMARATHON/HALFMARATHON nanti !!!


Sekian.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Artikel Mesti Baca

>>>CLICK LINK DI BAWAH INI<<<


@ Jackie San

1 件のコメント:

Featured post

Meriahnya kampus lucky draw (FURICO SOUTH CAMPUS)

  https://youtu.be/Bxw4uK1I4Vg?si=IBBJzonyQLCwbCzX >>>MORE VIDEO JUST CLICK AND WATCH<<<