2019年12月5日木曜日

PENJAWAT AWAM PERSEKUTUAN SARAWAK TERIMA BONUS TAMBAHAN RM 500 - Abang Jo

Bonus Tambahan RM 500 Untuk Penjawat Awam Persekutuan di Negeri Sarawak !


Kerajaan Sarawak akan memberikan insentif RM 500.00 kepada penjawat awam persekutuan yang berkhidmat di Bumi Kenyalang.

KUCHING : Kerajaan Sarawak akan memberikan insentif (bonus) sebanyak RM 500 kepada semua penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di Negeri ini.

Pengumuman tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa ucapan perasmian Sambutan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak Tahun 2019 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) kelmarin Rabu 03 Disember 2019. 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Tepukan gemuruh dan riang ria oleh semua yang hadir pada majlis tersebut".

Bagaimanapun bantuan kewangan itu akan dibayar pada Jun 2020 depan.

"Ianya adalah sebagai menghargai perkhidmatan penjawat awam negeri (bonus minima RM2,000 dan 2 bulan gaji), penjawat awam persekutuan di Sarawak (bonus RM500 tambahan dari Kerajaan Negeri Sarawak) dan ianya telah dibincangkan bersama ahli kabinet yang hadir kita buat keputusan untuk menambah bantuan kepada kewangan kakitangan Persekutuan yang sanggup berkhidmat di Negeri Tercinta Bumi Kenyalang ini," katanya.

Abang Johari berkata ia merupakan tambahan kepada bantuan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan yang sedikit iaitu sebanyak RM 500 yang akan dibayar pada hujung tahun ini berbanding kakitangan Kerajaan Negeri Sarawak akan menerima bonus sebanyak  minima RM2,000 atau dua (2) bulan gaji sebelum perayaan Krismas seawal 18 Disember 2019 kelak.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Terdapat lebih 95,000 penjawat awam Persekutuan berkhidmat di Negeri Sarawak.


Manakala lebih 25,000 penjawat awam Negeri anak Jati Bumi Kenyalang.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/12/penjawat-awam-persekutuan-sarawak.html

    返信削除

Featured post

KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN

  KANAMARA MATSURI (PENIS FESTIVAL) JAPAN @Jackie San Apr 6 / 11:00 AM   〜   4:45 PM Kanamara Matsuri (otherwise known as the “Penis Festiva...