Sunday, 8 December 2019

Prestasi Hambar Pencapaian Terburuk Kontigen Malaysia SUKAN SEA 2019 Philipina

KEKALAHAN YANG MEMALUKAN, NAMUN KITA TETAP BERPELUANG MARA LEBIH JAUH - Ong Kim Swee


Jurulatih Skuad Malaysia B-22, Datuk Ong Swee menganggap kekalahan di tangan Filipina sebagai memalukan. Ia keputusan yang sukar untuk diterima.

Malaysia kini menempah laluan sangat sukar untuk mara ke pusingan seterusnya dalam acara bola sepak SUKAN SEA 2019 kali ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bahkan bukan sukan bola sepak saja yang bernasib malang bagi kontigen Malaysia di SUKAN SEA 2019. Sukan lain seperti Bowling, Pelayaran, Renang, Menembak dan Memanah kesemuanya seakan terkena badi. Target pencapaian bagi menyumbang emas tertinggi negara GAGAL !!!

Bola Sepak Malaysia tewas 10 di tangan pasukan tuan rumah Filipina semalam. Ianya kekalahan yang perit untuk Maaysia selepas seri 1-1 dengan Myanmar pada perlawanan pembukaan sebelum ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Memorial Rizal itu, Filipina mendapat gol kemenangan daripada sepakan penjuru oleh Stephen Schrock.

Berlaku kekeliruan di antara penjaga gol dan pertahanan Malaysia. Bola sepakan Schrock melencong masuk ke dalam gawang Malaysia. Haziq Nadzli gagal untuk menepis keluar bola selepas Daniel Amir turut gagal menanduk keluar.

Malaysia bermain dengan aksi yang longlai dan tak mampu untuk membalas jaringan tersebut. Pasukan tuan rumah memiliki beberapa peluang gol, namun gagal disudahkan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Begitu juga dengan pasukan Malaysia, yang mendapat peluang gol, namun penyudah yang sangat tumpul bagi Malaysia.

Pengendali berusia 49 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee berkata, barisan pemain Filipina menunjukkan mereka lebih dahagakan kemenangan berbanding anak buahnya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Malaysia jelas sekali tidak bermaya berbanding dengan pasukan lawan. Filipina memiliki lebih keinginan dan juga permainan yang lebih baik daripada skuad kebangsaan Malaysia.

Bercakap kepada media selepas tamat perlawanan, Datuk Ong Kim Swee berkata: "Sudah pastinya ia bukan keputusan yang baik."

"Kami melepaskan gol daripada situasi bola mati sekali lagi. Ia juga menunjukkan bahawa Filipina lebih dahagakan kemenangan berbanding dengan pasukan kita, berdasarkan apa yang kami lakukan hari ini."

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Tanpa berselindung, Datuk Ong Kim Swee menganggap ini adalah keputusan yang memalukan pasukan Malaysia. Namun beliau yakin masih ada harapan untuk pasukan Malaysia mara ke pusingan kalah mati nanti.

Datuk Ong Kim Swee turut menuntut para pemain untuk menunjukkan karakter mereka yang sebenar dalam 2 baki perlawanan Malaysia selepas ini.

Jika tidak, Malaysia akan balik dengan tangan kosong kerana Malaysia tidak ada peluang untuk mara jika mereka keciciran sebarang mata daripada baki perlawanan tersebut.

Misi wajib menang dan mengharapkan keputusan pada perlawanan lain dapat membantu pasukan negara.

"Kami patut malu dengan keputusan ini. Ianya amat memalukan saya. Namun begitu, secara matematiknya, kami masih lagi ada peluang untuk melayakkan diri ke pusingan yang seterusnya. Pemain kita perlu bangkit bagi membuktikan watak sebenar mereka di atas padang," tambah Datuk Ong Kim Swee lagi.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Malaysia selepas ini akan berhadapan dengan Kemboja dan Timor Leste. Malaysia perlu mencatatkan kemenangan dengan perbezaan jaringan yang besar untuk mengintai peluang mara ke pusingan seterusnya.

Mampukah pasukan Malaysia melaksanakan misi sukar pada kali ini? Sama - sama kita mengharapkan yang terbaik daripada kem kebangsaan Malaysia.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2019/12/prestasi-hambar-pencapaian-terburuk.html

    ReplyDelete
  2. I am here to give my testimony about chief dr lucky who helped me in my life, i want to inform the public how i was cured from herpes simplex virus by chief dr lucky, i visited different hospital but they gave me list of drugs like Famvir, Zovirax, and Valtrex which is very expensive to treat the symptoms and never cured me. I was browsing through the Internet searching for remedy on herpes and i saw comment of people talking about how chief dr lucky cured them. when i contacted him he gave me hope and send a Herbal medicine to me that i took and it seriously worked for me, am a free person now without problem, my herpes result came out negative. I pray for you chief dr lucky am cured you can also get your self cured my friends if you really need my doctor help, you can reach him now.
    Email: chiefdrlucky@gmail.com  Call or What's App +2348132777335  
    Website :  http://chiefdrluckysolutionhome.website2.me/ 

    ReplyDelete

Featured post

Team JP Limbang Bergerak Turun Selepas Selesai Program Bersama Komuniti ...

  https://youtu.be/psGg8SsKqUU