Monday, 27 January 2020

Hospital Umum Sarawak Bersiap Sedia - Koronavirus Tiba

TERKINI : 4 kes Koronavirus Di Malaysia Negatif, Rakyat Malaysia Diperintah Bersiap Sedia !

Setakat ini rakyat Malaysia masih boleh menarik nafas lega apabila empat kes di Malaysia yang dijangkiti koronavirus-China dikatakan negatif.


Perkara ini disahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berdasarkan keputusan rawatan dan siasatan ke atas individu tersebut oleh pihak Institut Penyelidikan Perubatan (IMF).

Untuk rekod, 2019-nCoV yang mula tersebar di Wuhan China sejak awal bulan Januari 2020 ini, apabila beberapa individu yang memiliki simptom seperti demam, pneumonia amnya dan telah disahkan secara rasmi oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan ianya adalah dalam kategori Virus Berbahaya (Kategori Koronavirus) baru.

Bagaimanapun, sejauh mana kesedaran orang awam kita mengenai virus yang sedang hebat menyerang manusia kini? 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Apa yang anda dan kita semua perlu tahun mengenai Koronavirus ?

1. Apakah KoronaVirus ? Bagaimana dan Apa Puncanya?

KoronaVirus merupakan radang paru-paru yang seakan sama dengan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS). Gejalanya yang boleh dilihat melalui pandangan mata kasar apabila seseorang individu mengalami demam, batuk, serta sukar bernafas.

2. Adakah KoronaVirus boleh merebak dan menjadi serius ?

Meskipun SARS mempunyai nisbah kemungkinan menyebabkan kematian sebanyak 11 peratus namun koronavirus dilihat kurang berbahaya kerana kebanyakan mangsa yang dijangkiti virus baharu ini berusia sekitar 60 tahun ke atas. Namun pada masa yang sama, penyelidik percaya bahawa masih ada kes yang masih tidak dilaporkan.

Kajian yang dilakukan oleh Imperial College London percaya bahawa 1,700 orang telah dijangkiti virus tersebut namun tidak dilaporkan kepada umum.

Kajian terperinci dunia termasuk penyelidik Malaysia masih gagal mencari dan mengenalpasti vaksin untuk mengatasi KoronaVirus ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

3. Apakah KoronaVirus Mudah Menjangkiti Manusia? 

KoronaVirus memang mudah menjangkiti manusia termasuk senang penyebarannya. Ianya disahkan oleh Suruhanjaya Kesihatan Nasional China dan pakar perubatan China. Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kerajaan China percaya ia mungkin berpunca daripada haiwan.

4.  Bagaimana Untuk Mengelak KoronaVirus ?

WHO menasihatkan supaya mengelakkan daripada berhubung secara terus dengan mereka yang mempunyai simptom-simptom koronavirus. Pada masa yang sama, WHO menasihatkan orang ramai agar memakai topeng muka, tidak melakukan hubungan intim dengan mangsa dan senantiasa menggunakan sarung tangan dan tidak lupa untuk senantiasa mencuci tangan. Jika ada tanda-tanda demam, batuk atau susah bernafas segeralah untuk mendapatkan rawatan jika simptom tersebut dirasai.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

5. Adakah Pasti KoronaVirus Sudah Menyerang Malaysia ? 

Desas Desus mengatakan Negeri Johor, Kedah dan Sabah telah dimasukki Virus KoronaVirus ini. Ia berikutan kemasukan pelancong China yang datang bercuti ke Negara ini. Kemasukan pelancong China terus disekat untuk datang ke Sarawak berikutan mereka datang dengan izin untuk membawa wirus KoronaVirus yang boleh mengancam rakyat Malaysia. Walaupun begitu, beijing, Wilayah Guangdong di selatan China, Thailand, Hong Kong, Philippines, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Taiwan dan juga Amerika Syarikat telah disyaki diserang wabak KoronaVirus. 

Terbaru China sudah mencatat hampir 100 angka kematian akibat wabah penyakit misteri koronaVirus dan lebih 700 lagi kes jangkitan turut disahkan di negara itu.

Susulan itu, pihak berkuasa China mengenakan perintah kuarantin di Wuhan dan menggantung sementara semua perkhidmatan pengangkutan awam.

11 Juta penduduk Wuhan tidak dibenarkan untuk keluar atau meninggalkan daerah itu buat sementara waktu bagi membendung penularan virus tersebut, terutamanya musim perayaan tahun baru cina ini.

Selain itu, Syarikat Penerbangan AirAsia dengan berbesar hati telah menghentikan dan membatalkan semua penerbangan dari Kuala Lumpur ke Wuhan China. 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San


1 comment:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/01/hospital-umum-sarawak-bersiap-sedia.html

    ReplyDelete