2020年1月27日月曜日

KoronaVirus : 41 Kematian, Sarawak Sekat Kemasukan Warga China


KoronaVirus: Sarawak Tidak Terima Pendatang China dan Perketatkan Kawalan Imigresen

KUCHING: Kerajaan Sarawak mengambil serius berkenaan penularan wabak KoronaVirus, tegas Abang Jo (KM Sarawak) dan menambah akan terus memperketatkan lagi kawalan imigresen di pintu-pintu masuk negeri ini.

Tambah beliau pihak Sarawak pada masa kini telah mula mengedarkan topeng muka di semua pintu masuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan mendedahkan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawk telahpun diadakan di antara pengerusinya yang juga Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Unggah Emas, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Jaul Samion dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Profesor Sim Kui Hian baru-baru ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Saya telah meminta pihak JPBN untuk mengadakan mesyuarat dan bagi pihak kita, kita tangani masalah ini dengan memperketatkan kemasukan warga asing serta jalan masuk terutamanya melalui Lapangan Terbang kita dan kita berikan peruntukkan percuma topeng muka.

"Kalau di Sarawak memang kita telah ketatkan sebab itu mesyuarat antara Douglas Unggah, Setiausaha Kerajaan Sarawak dan Dr SIm kerana kita, kalau perlukan kuarantin kita perlu ada bilik kuarantin iaitu clean room. Ini semua untuk penduduk Sarawak agar wabak ini tidak sampai ke Negeri Bumi Kenyalang ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Kita kena persiapkan diri kita kerana banyak perkara-perkara seperti ini kita bincangkan dan memang kita pihak Kerajaan Sarawak ambil serius perkara ini, jika di Semenanjung yang mengizinkan kemasukan warga asing terutama dari Negara China untuk masuk, biarkan sebab kita perlu jaga rakyat Sarawak dari dihinggapi wabak buruk ini. Selain itu, saya telah batalkan penerbangan dan jadual kerja saya ke Negara China.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas menghadiri majlis Berambeh Makan Durian di Kampung Temedak Jalan Patingan di sini, hari ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Abang Zohari turut menzahirkan kebimbangannya berkenaan kedatangan pelancong dari China ke Negeri Sabah (jiran kita) yang kebanyakkannya menggunakan penerbangan sewa. Mereka datang adalah bagi tujuan cuti kerana waktu ini musim sejuk di China. Inisiatif terbaik dan termurah adalah untuk bercuti ke Kota Kinabalu. 

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Tapi apa yang saya bimbangkan, keselamatan penduduk Sabah dengan kehadiran pelancong-pelancong China yang hampir setiap hari datang ke negeri itu.

"Kemungkinan mereka akan menggunakan perjalanan darat iaitu melalui laluan Sungai Tujuh, mahupun melalui perjalanan air iaitu dari Pulau Labuan, tidak mustahil. Oleh itu kita juga akan memperketatkan pintu masuk (sempadan) di Miri." Sebab Bahagian Limbang dan Miri adalah sempadan kepada Negara Brunei Darussalam jiran kita tidak terkecuali kemungkinan boleh menghadirkan pelancong dari Negara China." katanya.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Dalam pada itu beliau menasihati orang awam agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga mengenai wabak ini. Senantiasa berjaga-jaga jika menghadirkan diri bersama keluarga di kawasan terbuka, senantiasa amalkan kebersihan, mencuci tangan serta menjaga kesihatan diri dan keluarga jika batuk, demam teruslah berjumpa doktor.

"Saya ingatkan agar rakyat negeri Sarawak sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga, gunakan topeng dan jika tempat berkenaan terlalu ramai orang kalau boleh cuba elakkan. Mencegah adalah terbaik dari Mengubati." ujarnya.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San 

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/01/koronavirus-41-kematian-sarawak-sekat.html

    返信削除

Featured post

JAPAN FESTIVAL'S AND YOU MUST KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN

JAPAN FESTIVAL'S AND THINGS TO KNOW FAMOUS FESTIVAL IN JAPAN @Jackie San Japan's festivals are important to its culture and history....