2020年1月29日水曜日

Ragut Mangsa Ke - 80 KoronaVirus - DISAHKAN

SERIUS : Anggota keselamatan mengenakan sut perlindungan untuk membantu menghentikan penyebaran virus maut yang bermula di WUHAN, CHINA berkawal di sebuah stesen keretapi bawah tanah di Beijing

WUHAN: China menyatakan kelmarin bahawa angka kematian akibat satu wabah yang tular dan merbahaya telah meningkat dan menjangkau 80 orang ketika wilayah utama yang teruk dilanda Hubei mengalami kematian teramai iaitu 24 orang, sementara jumlah keseluruhan kes di seluruh negara China meningkat melonjak dengan mendadak kepada 2,744 kes.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Meskipun tiada kematian terbaru disahkan di luar Hubei, catatan negara bagi jangkitan yang disahkan terus meningkat kepada 769 kes, kira-kira separuh daripada mereka di Hubei, menurut Suruhanjaya Kesihatan Negara.

Ia menyatakan 461 daripada mereka yang dijangkiti berada dalam keadaan amat serius.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

China telah menutup Bandar Hubei di tengah negara dalam operasi tidak dijangkakan yang telah menjejaskan puluhan juta orang dan bertujuan untuk mengurangkan pemindahan virus pernafasan itu.

Wabak yang tidak dikenali sebelum ini telah menimbulkan kebimbangan seluruh dunia disebabkan oleh persamaannya dengan patogen Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), yang telah membunuh beratus- ratus orang di sekitar tanah besar China dan Hong Kong pada 2002-2003 dahulu.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Sekatan perjalanan drastik yang telah dilaksanakan di luar kawasan utama dunia, dengan WIlayah Shandong dan 4 bandar utama Beijing, Xi'an, Shanghai dan Tianjin telah mengumumkan larangan terhadap bas perjalanan jauh dari masuk dan juga keluar dari bandar tersebut.

Tindakan itu telah menjejasan jutaan orang yang ingin melawat sepanjang cuti Tahun Baharu Cina, yang menurut pihak berkuasa akan dilanjutkan ketika kerajaan dalam usaha untuk mengawal merebaknya virus KoronaVirus tersebar.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Wilayah selatan Guangdong yang paling ramai penduduknya, Jiangxi di tengah China, dan tiga lagi bandar lain menetapkan perintah mandatori bagi penduduk untuk menggunakan topeng muka di kawasan terbuka ataupun tempat umum.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bermula di bandar Wuhan di Hubei, virus itu telah merebak di seluruh pelusuk China dan di seluruh dunia gempar akan penyebaran virus ini, dengan kes-kes disahkan di kira-kira 12 negara termasuk sehingga ke Amerika Syarikat (AS) rungsing akan permasalahan penyebaran virus merbahaya ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/01/ragut-mangsa-ke-80-koronavirus-disahkan.html

    返信削除

Featured post

GUIDE THINGS TO DO IN OITA, JAPAN

   https://youtu.be/zfoI4a-bgZo?si=djJGxs8wb-1nV0Cn >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<