2020年1月21日火曜日

Kaki Buli SM Sains Kuching 3 Pelajar Ditangkap !


KUCHING, PADAWAN :
Tiga pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah (SM) Sains Kuching lebam di seluruh anggota badan selepas dipercayai dibuli dan dibelasah kejam oleh sekumpulan pelajar senior sekolah berkenaan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Kejadian dilaporkan berlaku pada Ahad lepas (19 Januari 2020), kira-kira jam 1 pagi di asrama lelaki dengan semua mangsa dipercayai ditumbuk dan diterajang oleh 'gangster asrama' terbabit, yang terdiri daripada pelajar Tingkatan 3 - 5 sekolah berkenaan.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan melaporkan bahawa, semua mangsa dibelasah bertubi-tubi sehingga jam 3 pagi sebelum mereka dibenarkan tidur.

"Kesemua mangsa mengalami kecederaan lebam di seluruh badan iaitu perut, tangan, belakang, betis, bahu dan juga lengan," katanya dalam kenyataan hari ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Aidil berkata keesokan harinya, salah seorang pelajar menghubungi bapanya bagi memaklumkan kejadian.

Ekoran itu, katanya bapa mangsa telah membuat laporan polis, yang kemudian disusuli dengan laporan oleh ahli keluarga dari dua lagi mangsa pada hari yang sama.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Justeru itu, Aidil berkata usaha mengesan semua suspek dijalankan semalam dan seramai 10 pelajar sudah ditahan setakat ini dan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan untuk disoal siasat hari ini.

Berikutan itu, pihak keluarga pelajar telah meminta maklum balas serta jawapan daripada pihak pengurusan Sekolah Menengah Sains Kuching tetapi pihak pengurusan sekolah berkenaan tidak memberikan kerjasama di atas apa yang sebenarnya berlaku kepada anak-anak mereka.

'Netizen turut curiga dengan prestasi pelajar Sekolah Menengah Sains Kuching yang sebelum ini mempunyai reputasi kecemerlangan akademik tertinggi. Namun hakikatnya, semakin hari SM Sains Kuching jauh tercorot dibandingkan dengan sekolah berasrama penuh terutamanya aliran Sekolah Menengah Sains yang lain.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

2 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/01/kaki-buli-sm-sains-kuching-3-pelajar.html

    返信削除
  2. Maaf ye...pelajar yg dibuli tu tingkatan 2 bukan Tingkatan 1...lain kali jngn share mklumat yg x sahih nnti tersebar menjadi fitnah...nasihat ikhlas dri sya..

    返信削除

Featured post

Things To Do Oita Nakatsu Japan One Day Itinery

  https://youtu.be/QIoZPdN2E1c?si=Lx4VQB-YcEa8I9CO >>> MORE VIDEO JUST CLICK TO WATCH <<<