Monday, 24 February 2020

AJP Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Ke Muka Pengadilan



7 Kesalahan Pengurusan NAFAS Dahulu Punca Kerugian Besar ?

PETALING JAYA:
Audit forensik terhadap operasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ketika ditadbir oleh pengurusan tertinggi lama telah mendapati berlakunya salah laku yang membabitkan tujuh (7) tatacara kewangan dan juga tadbir urus agensi berkenaan.

Audit yang dilakukan oleh sebuah firma audit antarabangsa telah mendapati berlakunya salah laku yang membabitkan pembelian bangunan iaitu ibu pejabat NAFAS sendiri di Kota Damansara dan juga pembelian sebuah ladang kelapa sawit di lokasi Sungai Karap berdekatan Bandar Miri, Negeri Sarawak.

Selain itu, salah laku juga turut dikesan yang membabitkan pembelian baja tanpa mengikut prosedur yang betul (biasa); perjanjian pajakan ke atas bangunan Wisma Peladang; kecuaian dalam pembelian stok; pembayaran ke atas zakat perniagaan NAFAS kepada penerima tidak layak dan juga kes terbesar konflik kepentingan di kilang NAFAS Feedmills Sdn Bhd.

Proses pengauditan dijalankan selama lima (5) bulan bermula Mei 2019.

Hasil penemuan audit forensik itu didedahkan oleh Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah NAFAS, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi pada sidang media.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Bagi penemuan pertama iaitu pembelian ke atas bangunan untuk dijadikan ibu pejabat NAFAS di Kota Damansara, ia dibeli pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Bangunan berkenaan dibeli pada tahun 2014 dengan harga berjumlah RM 59.8 Juta walaupun mendapat tawaran harga asal hanya berharga RM 48.5 Juta.

Lebih meragukan apabila bangunan itu dinilai pada harga tinggi iaitu RM 57 Juta oleh penilai swasta.

Bagi kes kedua, yang berkisar ke atas pembelian ladang kelapa sawit di Sungai Karap dekat Miri, Sarawak yang dibeli pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran pada tahun 2016. Ladang itu dibeli dengan harga RM 135 Juta selepas ditawarkan dengan harga RM 145.4 Juta dan didapati juga keputusan membeli dibuat secara tergesa-gesa tanpa menunggu masa menerima laporan kajian daya maju selain terdapat potensi percanggahan kepentingan dalam pembelian atau kebarangkalian wujudnya campur tangan dalam urusan jual beli ladang tersebut.

Penemuan untuk kes ketiga (3), pula yang melibatkan pembelian baja tanpa mengikut prosedur yang betul (biasa) pada tahun 2017 apabila agensi itu membeli 40,000 tan metrik baja daripada pembekal luar tanpa mengikut prosedur biasa.

Urusan jual beli ini tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi pengambilalihan sampel untuk ujian makmal, pemeriksaan stok ketika baja dihantar oleh pembekal dan ketiadaan dokumen sokongan bagi pembelian.

Kesannya, NAFAS telah menanggung kerugian besar iaitu hampir RM 6 Juta hanya bagi tujuan membayar kepada pemilik stok bagi tujuan penyimpanan baja berkenaan selain perlu memperuntukkan kira-kira RM 70 Juta untuk memulihkan baja berkenaan supaya boleh dimanfaatkan semula oleh petani.

Dianggarkan, stok baja yang disimpan terlalu lama dalam gudang terletak di Perai, Pulau Pinang dan Pelabuhan Klang, Selangor perlu dipulihkan semula dengan setiap metrik tan memerlukan kos antara RM 700 hingga RM 800 untuk proses pemulihan nutrien.
https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Penemuan bagi kes keempat (4), yang merangkumi perjanjian pajakan ke atas bangunan Wisma Peladang di Jalan Bukit Bintang yang kini telah dijadikan sebuah hotel. Penyewaan bangunan milik NAFAS itu meragukan apabila kadar sewa yang dikenakan lebhi rendah berbanding nilai harga pasaran.

Pada tahun 2015, bangunan itu diberi sewa sebanyak RM 2.5 Juta setahun meskipun selepas dinilai semua kadar sebenar yang perlu dibayar adalah RM 3.7 Juta setahun.

Pada tahun 2019, kadar sewaan dikenakan oleh NAFAS adalah sebanyak RM 2.75 Juta setahun berbanding harga semasa RM 4.94 Juta setahun selepas dinilai semula oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Perjanjian penyewaan fasa kedua pada Mei 2022 hingga April 2042 bertarikh 22 Ogos 2006 juga dibuat sebelum tamat tempoh penyewaan fasa pertama iaitu pada Mei 2002 hingga April 2022.

Penemuan bagi kes kelima (5), yang membabitkan kecuaian dalam pembelian stok apabila NAFAS dan anak syarikat membeli baja bio serba guna bernilai RM 1.3 Juta, susu kambing New Zealand (RM 770,000 racun (RM 525,000) sabit (RM 355,000), kacang penutup bumi (RM 2 Juta) dan racun serangga bernilai RM 3.5 Juta.

Penemuan bagi kes keenam (6) telah mendapati pembayaran zakat perniagaan dari NAFAS dibuat kepada penerima yang tidak layak antaranya membabitkan zakat perniagaan kepada Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kemaman berjumlah RM 500,000 dan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Sarawak sebanyak RM 100,000.

Audit itu turut mendedahkan tiada bukti menunjukkan pembayaran ini diagihkan kepada penerima yang sah iaitu golongan asnaf.

Penemuan bagi kes ketujuh (7) yang membabitkan konflik berkepentingan iaitu bagi kes di kilang NAFAS Feedmills Sdn Bhd sendiri yang berlokasi di Muar Johor Bahru, apabila semua hartanah seperti tanah, bangunan dan juga mesin dibeli dengan harga RM 14.5 Juta lebih tinggi daripada penilaian yang dibuat JPPH iaitu berjumlah RM 11.7 Juta.

Menurut Phahrolrazi, pihaknya sudah membuat laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan lanjut mesti dijalankan selain turut menegaskan kes terbabit untuk dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.

"Usaha sedang dilakukan oleh pentadbiran baharu NAFAS bagi tujuan untuk membawa pihak terbabit dengan penyelewangan dan kecuaian tatacara kewangan serta tadbir urus ini ke muka pengadilan".

"Diharap juga dengan kerjasama Pendaftar (WP) Pertubuhan Peladang dan juga SPRM, segala kepincangan berlaku ini dapat diperbaiki serta kewibawaan dan integriti NAFAS sebagai Pertubuhan Peladang Nasional akan terpelihara," katanya.

Menurut Phahrolrazi, terdapat juga salah laku lain namun ia hanya membabitkan kes kecil dan memerlukan tindakan dalaman sahaja.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

2 comments:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/02/ajp-pertubuhan-peladang-kebangsaan.html

    ReplyDelete
  2. I am here to give my testimony about chief dr lucky who helped me in my life, i want to inform the public how i was cured from herpes simplex virus by chief dr lucky, i visited different hospital but they gave me list of drugs like Famvir, Zovirax, and Valtrex which is very expensive to treat the symptoms and never cured me. I was browsing through the Internet searching for remedy on herpes and i saw comment of people talking about how chief dr lucky cured them. when i contacted him he gave me hope and send a Herbal medicine to me that i took and it seriously worked for me, am a free person now without problem, my herpes result came out negative. I pray for you chief dr lucky am cured you can also get your self cured my friends if you really need my doctor help, you can reach him now.
    Email: chiefdrlucky@gmail.com  Call or What's App +2348132777335  
    Website :  http://chiefdrluckysolutionhome.website2.me/ 

    ReplyDelete