2020年2月5日水曜日

KoronaVirus Positif Kes Pertama Rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR : Seorang lelaki warganegara Malaysia yang berumur 41 tahun dari Negeri Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif kepada KoronaVirus Wuhan (2019-nCoV), disahkan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. 

Beliau berkata satu lagi kes membabitkan seorang warganegara China berumur 63 tahun, yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari 2020 yang lalu.

"Bagi kes warganegara Malaysia, beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara jiran (Singapura) dari 16 hingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuklah dari Negara tembok besar China.

"Beliau pulang ke Malaysia pada 23 Januari 2020, dan pada 29 Januari 2020 beliau mendapatkan rawatan di pusat rawatan swasta di Selangor kerana demam dan batuk. Selanjutnya beliau dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 02 Februari 2020 (Ahad) dan telah dimasukkan ke wad isolasi. Beliau kini disahkan positif terhadap 2019-nCoV," katanya pada sidang media perkembangan terkini kluster 2019-nCoV, di sini hari ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

Beliau berkata rakyat negara ini kini dalam keadaan terbaik, stabil dan Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengadakan kerjasama erat dengan pihak negara jiran untuk mengenal pasti aktiviti pengesanan sentuh (contact tracing).

Dr Dzulkefly berkata KKM kini sedang mengadakan pengesanan kontak dengan keluarga terdekat pesakit mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.

Berhubung kes kedua lelaki berasal dari Wuhan, China, beliau berkata pesakit mula mengalami demam biasa pada 23 Januari lalu dan telah mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Kes dimaklumkan kepada KKM dan beliau diletakkan di bawah Perintah Berkurung (Pengawasan) dan Pemantauan bagi tempoh selama 14 hari.

"pada 02 Februari 2020 (Ahad), demam mash berterusan dan beliau telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan lanjut. Ujian makmal positif 2019-nCoV telah disahkan pada 03 Februari 2020 (Isnin), dan pesakit kini berada dalam was isolasi dan dalam keadaan terbaik (stabil)," katanya.

Dr Dzulkefly berkata dengan pertambahan dua kes terbaru itu, jumlah kes berkenaan yang dilaporkan sehingga hari ini adalah 10 kes dalam negara, iaitu lima kes dalam kalangan Pesakit Dalam Siasatan (PUI) jangkitan 2019-nCoV dan lima kes lagi dalam kalangan kontak rapat.

Daripada jumlah kes tersebut, sembilan kes adalah warganegara China dan seorang rakyat Malaysia.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

"Jumlah kumulatif kes PUI dari 10 Januari hingga ke 03 Februari 2020 (Isnin) setakat enam petang adalah seramai 213 orang melibatkan 122 warganegara Malaysia, China (86), Australia (1), Republik Korea (1), Jordan (1), Brazil (1) dan juga Thailand (1)," katanya.

Ditanya mengenai status 34 warganegara Malaysia yang tidak turut serta dalam misi membawa pulang rakyat Malaysia dari Wuhan awal pagi ini, Dr Dzulkefly berkata beliau percaya Kementerian Luar akan mengambil tindakan sesuai berhubung perkara itu.

Pesawat AirAsia yang dalam Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) digerakkan kerajaan Malaysia, membawa pulang seramai 107 orang individu yang terkandas sebelum ini di Wilayah Hubei, terdiri daripada 88 orang rakyat Malaysia dan 19 orang lagi adalah pasangan serta anak mereka yang bukan warganegara kita.

Pesawat khas itu, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 0557 pagi ini.

https://www.jacknjillscute.blogspot.com/

@ Jackie San

1 件のコメント:

  1. https://www.jacknjillscute.com/2020/02/koronavirus-positif-kes-pertama-rakyat.html

    返信削除

Featured post

3 PEOPLE WHOSE DEATHS LINKED TO DIETARY SUPPLEMENT INTAKE HAD PRIOR HEALTH ISSUES IN JAPAN

3 PEOPLE WHOSE DEATHS LINKED TO DIETARY SUPPLEMENT INTAKE HAD PRIOR HEALTH ISSUES IN JAP AN @Jackie San TOKYO Three of the five people repor...